03 December 2009

Tahniah : Bakal Menerima Cahaya Mata Yang Pertama

Tahniah Lagi !
kali ini untuk mereka2 yang bakal menyambut kelahiran anak yang pertama, untuk sesiapa kali yang kedua dan ketiga tahniah juga untuk anda ya..
  1. Kak Lina - Jun 2010
  2. Isteri Rozairi - Ogos 2010
  3. Isteri Ustaz Afif - Julai 2010
  4. Isteri Hazani - Mac 2010
  5. Akhir sekali Isteri Din ( aku lah tu) dijangka bersalin Julai 2010..insyaAllah...

Tahniah Untuk Kelahiran Cahaya Mata Yang Pertama

Tahniah!! ..
untuk sahabat2 aku yang baru sahaja melahirkan zuriat pertama mereka dan sedang melalui proses berpantang..



Selamat Menjadi Seorang Ibu

Dan

Selamat Melalui Proses Berpantang




  1. Kak Fiza melahirkan Nur Alisha Qaisara


  2. Kak Nurul melahirkan Raina Evaqairina


  3. Rohana melahirkan Rusyaidi Sufyan

Saat Di Awal Kandungan

Lama sungguh tak update blog..
since entry yang lepas aku dah mula alami alahan ibu mengandung..
terutama loya2..semua yang aku makan pasti keluar semula..
berubah sungguh rasa rutin hidup aku sejak tu..
dari seorang yang kuat makan terus jadi orang yang langsung tak berselera..
terutamanya nasi..nasi buat aku makin loya..
yang teringin dek perut asyik2 Pizza Hut..
mana nak cari Pizza Hut kat Jelebu ni..
KFC pun tak ada..
pantang naik kereta pasti nak kena muntah..
kalau sebelum ni aku gila stereng tapi sekarang bau kereta pun aku dah tak tahan..
malang sungguh nasib masa nak pulang ke Terengganu aku terpaksa pandu sendiri kereta memandangkan suami aku tiada lesen memandu..
semakin hari makin terasa perubahan pada diri..
bau badan suami pun aku dah kurang senang..
kesian dia asyik kena tolak bila datang dekat pada aku..
Maaf sayang..
Semalam payah sangat nak tidur..
dengan batuk yang semakin parah..
aku asyik mengamuk minta di belai..
kesian suami ku..tidur dia asyik terganggu..
ingat lagi malam tadi..aku tersedar suami ku senang duduk menyapu muka..
"Sayang kenapa?"kata aku..
"Tak ada apa, awak siku hidung saya"kata dia..
dalam hati simpati sangat..
sempat aku minta maaf pada nya..
sarapan tadi aku cerita pada Kak Nah dan Ustazah Fatimah peristiwa malam tadi..
"Eee..sakit taw kalu hidung kena siku"-Ustazah Fatimah..
"Sian lah Din hai, tak baik taw Nina siku hidung dia"-Kak Nah..
maaf semua..aku tak ada niat untuk menyakiti suami ku itu..
semua itu diluar sedar..
bagaimanakah keadaan aku 7 bulan akan datang..

20 November 2009

Negative Or Positive ??

URINE PREGNANCY TEST
Puan Ros Anina Binti Abu Kassim
-POSITIVE-

17 November 2009

Coretan Untuk Sahabat Lama Ku-Riduan..

Wey..
semalam aku terkejut sebab kau telepon aku..
lagi terkejut bila kau bahasakan diri "Wan"..
seumur hidup aku kenal kau, kau tak pernah pula kau macam ni..
kau beriya2 minta aku maafkan kau..
sangat beriya2 kau kata, kau doakan aku bahagia dengan suami aku..
tak henti2 aku dengar perkataan maaf dari kau..
maaf tak dapat datang wedding aku..
maaf sebab sakitkan hati aku..
maaf sebab kau buat banyak sangat salah dengan aku..
maaf sebab maki hamun aku dulu..
ya..
aku ingat lagi kata2 kau..
tak akan aku pernah lupa..
sungguh senang kau kata macam2 sedangkan kita kawan dah lama..
susah senang aku, kau sahabat aku..
ingat lagi..
kau sakit hati bila aku kenal Najwa..
dunia ni kecil saja..
Najwa muncul bukan sebab aku yang cari..
tapi Allah temukan kami..
kenapa kau marah bila Najwa kawan dengan aku??..
kenapa?..
kau takut dia tahu kau pernah suka pada aku?..
tapi kau tahu kan..
walaupun macam mana pun kita tak boleh lebih dari sahabat..
sahabat susah senang..
Wan..
aku pernah cakap pada Najwa..
aku tak marahkan kau masa kau maki hamun aku dulu..
tapi aku kecewa Wan..
aku kecewa tergamak semua tu keluar dari mulut seseorang yang aku anggap SAHABAT..
p/s : Jangan sesekali buang seseorang sebagai kawan, kelak kamu akan cari dia kembali..