30 September 2009

Pandai bercakap tapi……..

Pernah dengar tak orang cakap..
Orang yang pandai cakap ni sebenarnya habuk pun tak ada..
Tapi aku rasalah..
Orang yang pandai cakap ni dia memang dilahirkan pandai bercakap..
Tapi bergantung pada apa yang dia cakap tu tentang apa..

Contoh 1 :
Kalau macam wakil rakyat bercakap Pung! Pang! Pung! Pang!
Nak buat itu nak buat ini..
Tapi sampai sudah habuk pun tak ada..
Tu baru sesuai menggunakan peribahasa yang disebutkan diatas..

Contoh 2:
Penceramah yang memberi ucapan atau ceramah dalam sesuatu program motivasi lah contohnya..
Walaupon pada hakikat mereka pon lebih kurang..
Namum begitu kebaikannya tetap ada..
Orang yang mendengar tu mungkin dapat memotivasikan diri mereka sendirikn?

Contoh 3:
Orang yang bercakap berdasarkan kisah hidup serta pengalaman mereka sendiri..
Mungkin kekadang dia bercakap seolah2 dia dah lalui..
Sampai anda rasa tak terfikir oleh anda apa yang dia cakap kan..
Percayalah, dia bercakap kerana dia telah melaluinya
Terimalah hakikat, walaupun dia mungkin sebaya dengan anda
Tapi kisah hidupnya dahulu mungkin tidak seindah kisah hidup diri anda..
Pengalaman mematangkan hidup seseorang..mungkin..


Kepada iN :
hidup dia tidak seperti anda, memang dia nampak berani untuk bercakap. tapi hakikatnya sebenarnya dia takut, tetap takut akan terjadi lagi seperti 20 tahun dahulu…….

Siapa dia iN??

‘iN’ nama macam perempuan tetapi dia lelaki..
sebaya dengan aku..
bukan ada apa pun dengan dia..
hanya kawan..
tapi hati ini dapat rasa, macam ada yang tak kena dengan dia..
tapi peduli apa aku dengan dia..
nanti dikata jaga tepi kain orang pula..

hahahahahah..

29 September 2009

Maafkan Saya Ustaz Kamel...

NINA/(P)/(4.01)/280986


Ustaz Mohd Kamel Bin Mat Salleh
Penguasa

Tuan,

PER : HILANG MOOD BEKERJA

Saya seperti nama pada empunya punya blog ingin menyatakan tujuan surat ini di 'posted' di blog saya untuk perhatian pihak tuan.

2. Saya ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat melaksanakan tugas dengan agak baik sejak akhir2 ini. Pendek kan cerita saya telah hilang mood berkerja sejak akhir2 ni. Ini kerana masalah peribadi yang mengganggu mutu kerja saya dan bukan lah kerana masalah di tempat kerja.

3. Saya berjanji, setelah masalah2 tesebut dapat diselesaikan, saya akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk jabatan seperti sebelum ini. Saya tidak akan menuntut sebarang elaun perjalanan untuk sebarang kerja luar saya lakukan serta saya tidak akan menuntut tuntutan kerja lebih masa sehingga hujung tahun 2009.

4. Timbangrasa dan keperhatinan dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

SAYA YANG MOHON MAAF

DINina
(PT (P/O)

s.k :

Ustaz Mohd Hafizam Abdul Rahman
Ketua Unit Pentadbiran & Kewangan

Puan Zainah Bahaman
Ketua Pembantu Tadbir

Fail Blog DINina

Kuat Betul Hati Terasa

semalam hari jadi aku, patut happylah kan..

aku ok je dari masuk kerja sampai lah lagi 1/2 jam nak balik..
aku pun tak tahu apa salah aku pada' sorang cleaner ' dekat pejabat tu..
cepat betul hati ni terasa dengan kata2 dia..

kak nah seperti biasa, dia insan memahami..
dia tahu aku terasa hati..
terus mood untuk pergi beraya hilang..
janji dengan orang2 dekat pejabat nak pergi makan nasi ayam dekat rumah Fiza..
terus terbantut rasa nak makan, padahal aku memang sangat lapar..

apalah salah nya bila aku minta resepi pada orang..
dah aku memang tak pandai masak, tak patut ke andai aku tanya orang macam mana nak masak????
kenapa dia perlu bezakan aku dengan menantu dia yang masak tak payah tanya orang resepi pun..
kalau iya pun dia dapat menantu yang sangat bagus, hebat sekali pun perlu ke nak banding2 kan dengan aku ni???..
dia patut bersyukur tak dapat menantu macam aku ni..

sebelum ni aku tak pernah wujudkan perbezaan taraf antara aku dengan dia..
tapi aku tekad..
mulai hari ini, aku dengan dia antara kerani dan cleanar..
aku tak akan bergelak ketawa dengan dia..
dan paling kejam..
aku tak akan angkat kaki andai dia nak sapu sampah bawah meja aku..
hina sungguh rasa hati bila dibezakan tak tentu pasal dan jadikan perkara itu bahan ketawa mereka..

sampai balik kerja aku menangis dalam hati..
dalam perjalanan ke Seremban, air mata aku jatuh juga..

jalan2 dekat Seremban Parade..
aku berkenan sangat baju tuh..
aku tgk aku tilik..
muat ke aku nak pakai ni..
aku tanya budak yang jaga kedai..

Nina : Kalau saya pakai muat ke?
Budak : Muat, ni getah..
Nina : Betul boleh muat n, dik?
Budak : Boleh, boleh, boleh blah!
Nina : Apa dia?(pandang tepat kat mata dia)


aku lepas kan baju itu dan berlalu..
kecewanya rasa bila aku bersungguh untuk beli..
hanya sekadar tanya, tapi di jawab pula begitu..

dari jauh aku terdengar..

Budak : Eh, akak ni betul bla pulak...........

28 September 2009

Hari Ini Aku Berumur 23 TAHUN

HAPPY 23rd BIRTHDAY TO ME -
PUAN ROS ANINA BINTI ABU KASSIM !!!

Senarai Orang Meng'wish' Dekat Aku :
  1. Suami ku yang tercinta
  2. Aien yang tersayang
  3. Arina yang sentiasa diingati
  4. Apek sahabat yang sejati
  5. In kawan yang baru
  6. Ust. Diana (mungkin dia diluar sedar semasa wished dekat aku tadi)
  7. Khiz abang aku yang sengal
  8. Ayah yang disayangi
  9. Mazlinor sahabat susah & senang
  10. dan lain2....................(aku suruh dorang wish)

muakakakakak

17 September 2009

zZzZzZzZzZzZz.....

Jumpa lagi minggu depan, esok aku mula cuti until 22nd Sept..

esok nak kemas rumah sampai siap, buat lengkong..
buat kueh raya sikit..
dan paling penting nak buat kuah kacang..
kalau jadi, alangkah bangganya nak bagi ayah rasa...

lusa nak balik rumah ayah..
nak kemas rumah..
sebab aku tahu 'cik puan' tak boleh harap..
makanan untuk suami pun tak masak ini kan untuk orang datang..

aduiyai....
takutnya suasana jadi tegang..
malas nak tengok muka dia..
malas nak tengok perangai 'orang beriman' tu..
takutnyaaaaaaaaaaaaaaa........................

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya
Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Daripada :

Ros Anina (Nina)
Wan Zubarudin (Din)

Berek Balai Polis Titi,
Titi, Jelebu
N. Sembilan

3 hari sebelum hari raya

Ayah tak pernah cerita..
tapi nenek pernah cerita..
arwah ibu meninggal dunia 3 hari sebelum raya..

acu pernah cerita masa orang sibuk2 baca Yassin..
aku berlari2 main bunga api sambil panjat kereta 'katak'..
acu nangis2 suruh aku turun..
menangis sbb aku terlalu kecil untuk kehilangan ibu..

pida pernah cerita..
ehem datang ambik dia kat kelas suruh balik..
Ehem : Pida, ayah suruh balik, ibu dah mati.

kami terlalu kecil dan muda untuk kehilangan seorang ibu..

semua orang cerita, arwah ibu seorang yang sangat baik..

bila balik kampung, kalau jumpa orang tua2 kat kampung..
semua orang cakap aku dah besar, sebab masa mereka jumpa aku dulu aku sangat kecil..
mereka selalu tanya..
Mereka : Nina ingat ibu tak?ingat pasal ibu tak?
Nina : Tak ingat.

Sebab aku terlalu kecil untuk mula mengingati tentang sesuatu................

15 September 2009

"Nina balik lah, tengok ayah"-Kak Nah

Tadi lepas kerja dah reda sikit, aku cerita sikit kat kak nah apa yang aku borak dengan ayah malam tadi..
kak nah dah macam emak aku, sangat memahami dan suka bagi nasihat..
dari aku anak dara sampailah bergelar isteri, kak nak memang insan yang sangat baik..
dia ajar aku masak, dari langsung tak tahu masak sampailah suami aku kata aku masak sedap sangat..
kak nah memang tahu 'drama' keluarga aku dari dulu sehingga sekarang..

"Nina balik lah, tengok ayah. Kesian ayah"
"Saya bukan tak nak balik kak nah, tapi saya tak nak 'cik puan' tu........"
"Biarkan dia, nina balik je. Buat macam rumah sendiri"
Aku mengeluh......
"Nina, orang tua ni bila dah hujung2 ni..........................."
kak nah macam tak sanggup nak habiskan ayat tu....
Aku faham.....

Ayah..

Semalam aku telefon ayah, tanya kabar..
dah lama tak telefon ayah..
ayah cakap dah 4 hari dia tak puasa, suspek denggi..
kesian ayah..
dulu masa duduk dengan ayah, ayah paling pantang kalau anak2 dia tidur tak sembur ubat nyamuk..
apatah lagi kalau cucu2 dia, habis mak ayah budak tu kena bebel..
ayah jaga anak2 dan cucu2 dia tapi dia pulak yang kena denggi..
argh..mungkin ayah dapat kat kebun..
ayah cakap pada aku doktor suruh minum air banyak2..
suruh minum 100Plus..tapi ayah cakap tak boleh minum sangat nanti kena kencing manis..
betul juga, tapi tu salah satu ubat yang ramai orang minum..
kesan pun boleh tahan..
borak2 dengan ayah nanti raya macam mana..
boleh ke aku balik beraya..
tahun ni maha hebat dugaan ayah terima..
sikit demi sikit..
sampailah ke tahap, isteri dia tak masak untuk dia lagi dan ayah masak sendiri..
kesian ayah..
kenapa jadi macam ni..
kenapa 'cik puan' tak haibis buat kekejaman pada keluarga aku..
aku ingat bila aku dah keluar dari rumah tu keadaan akan baik dan tenang..
tapi ayah makin sengsara..
kalau lah arwah ibu ada lagi..............................................

Genap Sebulan Bergelar Isteri

Hari ini 15hb..
genap sebulan aku menjadi seorang isteri..
rasa macam dah lama pula, mungkin sebab bulan puasa..
tugas semakin banyak..
asyik masak..
asyik buat lengkong..
kemas rumah tak henti2..
shopping macam2 sampai rumah kami tak macam rumah orang baru kahwin..
"Complete"..
cuma masih tak ada rezeki zuriat je lagi..


Alhamdulillah, aku sangat bahagia walaupun ada masa kami gaduh juga..
Din memang suami yang baik dan penyabar..
sentiasa meminta maaf bila tahu aku terasa hati..
sanggup keluarkan air mata kalau lihat aku menangis..
betul kata kawan2 Din dulu..

'Hang bertuah dapat dia'-Encik Man, IPD Rembau..

'Din ni baik budaknya'-Encik Zul, Sg. Rotan..

'Baik budak ni, tak banyak cakap dan lurus'-Ketua Balai Polis Titi (OCS)

14 September 2009

Masak memasak..

Masak..Masak..Masak dan terus memasak..

aku mengaku aku masa mula2 kahwin memang sangat tak pandai masak..
masa sebelum kahwin pun aku dah siap cakap awal2 kat bakal suami aku yang aku memang tak pandai masak tetapi akan belajar masak..
aku bukannya malas tapi keadaan tak mengizinkan..
sangat tertekan kalau duduk kat dapur nak masak masa duduk dengan ayah dan 'cik puan' dulu..
dapur kat rumah ayah milik 'cik puan'..
aku tak suke dia..
mungkin sab masih ingat cerita "piring terbang" yang aku pernah cerita dulu..
masa kitaorang darjah 5 dulu kot..
kalu tak ingat tak apa, kisah lama 13 tahun lepas siapa yang masih ingatkan??

11 September 2009

Kad Raya Special

Us. Kamel : Nak tahu tak siapa bagi saya kad raya, kad paling special kali nih?(sambil tunjuk muka depan kad tersebut)

Nina : ( Dah tahu dah, sebab aku yang letak kat dalam bilik dia )

Kak Nah : Siapa ustaz?

Us. Kamel : Jeng..jeng...( sambil menunjukan isi dalam kad raya tersebut, ada gambar lagi )

Kak Nah : Ooo, Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim..Dia bagi atas nama ker ustaz?

Us. Kamel : A'ah, atas nama saya..saya nak tunggu kad dari Datuk Syarizat pula..

10 September 2009

DUIT RAYA RM500

Petikan keratan akhbar Berita Harian, 10 September 2009

PUTRAJAYA: Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima hadiah Aidilfitri apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 seorang, semalam.

Nina : Alhamdulillah..tak bagi pun tak apa sebenarnya...dah bagi Alhamdulillah...boleh bayar roadtax kereta bulan 12 nanti..

TERIMA KASIH...

IV & IV = IV naik pangkat dan naik gaji

Diwaktu semua orang sedang sibuk....

Us. Afif : Nina kalau PTK IV IV naik gaji dengan naik pangkat kan??
Nina : A'ah...( hebat sungguh kalau dpt IV IV tuh)
Us. Afif : Kalau IV III?
Nina : Naik gaji dan naik pangkat juga kot..
Us. Afif : Naik gaji tu naik macam mana?jadi P2 ?
Nina : A'ah...(kot)

Sedang2 aku tahan ngantok di petang hari kejab tadi....tiba2 ada orang buka pintu pejabat

Us. Afif : Nina, betul lah IV IV..
Nina : ???(apo bondo eh ni jang?
Us. Afif : Saya dapat IV IV..saya telefon JAKIM tadi..
Nina : Yer ker? (kagum, hebat sungguh)
Us. Afif : Saya pun tak percaya, saya kata " Tipulah " orang tu kata " Apa tipu pulak, dalam ramai, ustaz sorang jer dapat IV IV"...
Nina : Hebat betul..(perlahan jer tak tahu lah dia dengar tak)
Us. Afif : Rezeki saya..heheheheh...

KEPADA US. AFIF:


TAHNIAH YER US.
JANGAN LUPA BELANJA SAYA MACAM BIASA YER
KALU DULU BAGI RM10
KALI NI BAGI LAH RM 100
DUIT RAYA ... HEHEHEEH
WALAUPUN HANYA TAHU MAIN GAME JE BILA FREE
TAPI US. BERJAYA JUGA US.
WALAUPUN HARI TUH NAK SAH JAWATAN
BUKAN MAIN PAYAH NAK LULUS ASYIK KANDAS JE
TAPI KALI NI MUDAH JER
TAHNIAH YOOOOO!!!!

Sakitnya Bila Difitnah

Selama aku hidup, mungkin banyak kali dah aku difitnah dikianat oleh sesiapa yang aku kenal & aku tidak kenal..
tapi aku tak adalah ambik hati sangat atau teringat2 sangat, sekadar pekara dah lepas aku pun jadi tak ingat dan tak nak ingat..
apa yang jadi semalam cukup membuatkan jantung aku rasa macam nak jatuh..
kaki mengigil..
aku rasa takut sangat..
rasa terlalu marah..
sikit ada perasaan dendam..
tak puas hati..
semuanya ada..
andai perkara ini berlaku antara aku dengan orang lain, mungkin aku akan tenang dan tidak semarah ini..
tapi bila yang terjadi ini antara aku dan suami aku yang baru aku kawini tak genap pun sebulan cukup buat aku hilang sabar..
sebelum kawin lagi, aku memang kuat cemburu lebih2 lagi suami aku ramai kenalan wanita & perempuan (ada yang baik & ada yang sebaliknya)..
tapi suami aku pandai redakan aku..
aku percayakan dia..
Alhamdulillah, dia tak pernah abaikan aku..
akhirnya aku dapat kurangkan rasa cemburu dan aku beri dia kepercayaan..
kekadang ada juga terbabas marah sebab dia terlalu layan sangat adik2 angkat yang konon perlu sangat perhatian dari dia..
tapi tak sangka....
bila aku beri kepercayaan pada suami aku untuk terus berhubung dengan adik2 angkat dia..
ada yang sanggup memfitnah aku pada suami..
huh...
sayang seribu kali sayang..
suami aku tersalah ambik adik angkat rupanya..
terang2 budak perempuan tu memfitnah aku..
aku cukup bukti yang menyatakan aku tak buat pun seperti yang dia kata..
kenapa lah manusia terlalu kejam bila orang buat baik pada dia..

itulah manusia kan..

bukanlah bagus sangat ada adik angkat ke, abang angkat ke..

sayang, suami aku tersalah pilih adik angkat..

01 September 2009

Macam gangster jer

Tuk! Tuk! Tumpang tanya puan...

##aku hanya dengar suara, aku dalam bilik eSPKB tak nampak orang yang masuk. masa tu kak nah tengah cakap kat telefon, nampak kak nah tunjuk isyarat tunggu kat empunya suara.

Kak Nah : Nina cakap dengan orang AG ni kejab..payah betul..

patutnya memang aku yang kena telefon sendiri tapi aku tahu, mesti diaorang takkan faham apa aku cakap, kak nah pula baik hati untuk telefon nak tanya pada pihak AG. aku pun keluar dari bilik eSPKB ke telefon atas meja kak nah. bila dah pegang telefon mata aku cepat je tengok orang yang datang tuh..

MAK AI!!!!

Macam gangster pulak orang AADK ni..(AADK mana tak perasan pula aku, buat kursus 3 hari kat tempat aku, tu yang pejabat aku di datangi ramai orang AADK)

Dengan rambut separuh putih separuh hitam,
bulu mata separuh ada separuh tak ada
janggut separuh itam separuh putih

(ini mesti pegawai AADK menyamar jadi pengedar dadah sebab nak tangkap orang hisap dadah kot)

entah lah.....

Pengumuman

Us. Kamel : 13 Oktober kita buat jamuan raya ye.

Ust. Fatimah : Kena bawa kuih raya.

Nina : (Kena beli kuih raya macam2 lah macam ni, aku juga alasan aku nak beli kuih raya lagi)

Suami Ku Pandai Masak

Sayang : Yang, hari ni awak nak makan apa???

Aku : Makan apa??(Ada ke patut dia tanya aku nak makan apa, patutnya aku yang tanya dia nak makan apa)

Sayang : Saya nak masaklah, esok saya off.

Aku : Apa2 pon tak apa, saya tak kisah.

Sayang : Masak tomyam campur nak tak??

Aku : Boleh je.

Sayang : Goreng sayur nak?

Aku : Tak kisah lah, yang. ( ishh..ni sampai bila aku nak pandai masak ni, bila nak masak je dia ambik tempat, tahu lah aku tak pandai lagi masak )