31 December 2009

TAHUN 2010 ini...

salam akhir tahun 2009..
selamat datang pada tahun 2010..
macam2 dah jadi tahun ini..
ada yang baik ada jugak sebaliknya..
baik dari segi peribadi juga kerja..
pada 2009 ni apa lagi tentang hidup aku hanya kerja untuk terus hidup tangung diri..
selalu sangat aku rasa angka 9 membawa banyak erti dalam hidup aku..
lahir aku bulan 9,
ibu ku meninggal 89,
masa test JPJ dulu aku orang yang ke 9,
akhir number talian mudah alih aku juga 9,
aku berkahwin 2009,
dan..
aku akan melahirkan anak pertama ku apabila kandungan ku sudah memasuki bulan ke 9..
insyaAllah..
semoaga segalanya selamat hendaknya..
.
.
semua orang bercakap tentang azam..
entah lah..pernah ke aku buat azam tapi berjaya aku lakukan..
rasanya azam pun aku tak pernah cipta dalam idup aku..
pada aku tiap hari adalah hari baru..
tapi mungkin tahun ini semuanya perlu tidak seperti dulu..
perlu lebih teratur dari dulu..
tak boleh hentam saja macam sorang2 lagi..
.
.
kerana..
sekarang aku sudah aku suami yang amat aku sayang..
hidup aku bersama dia..
dan kami bakal menerima orang baru yang akan menjadi tangungjawab besar dalam kehidupan kami..
kelahirannya nanti pasti akan mengubah segalanya..
aku harus bersedia untuk itu..
tak mahu tulis panjang lagi..
ini catatan untuk tahun 2010 nanti..
.
.
SEBAGAI ANAK
aku ingin jadi anak yang solehah..sentiasa ingat pada ayah aku yang aku rasakan sunyi setelah 23 tahun aku hidup bersamanya..tidak akan sesekali lupa akan dirinya..ingin dia sentiasa rasa aku tidak pernah abaikannya..
SEBAGAI ADIK
sentiasa menghormati mereka..tidak menyusahkan mereka serta sudi membantu sekadar yang termampu..
SEBAGAI ISTERI
ingin sekali aku membahagiakan suami hingga ke akhir hayatnya..tidak sesekali mahu lihat airmatanya gugur kerana diri aku..menjaga segala keperluan serta kehendaknya..tidak mahu dia menangung dosa aku..aku mahu kongsikan pahala aku bersamanya..menjaga maruahnya sebagai suami serta ketua..aku mahu jadi yang terbaik..mahu jadi isteri yang solehah
SEBAGAI BAKAL IBU
akan aku jaga aku sayang aku bimbing anak aku menjadi insan yang baik..akan aku ajar nya sudah tidak kurang ajar pada insan lain..ingin sekali aku kenyangkan dia dengan air susu aku..aku mahu yang terbaik untuk nya..aku mahu yang terbaik untuk nya..akan aku jaga halal haram yang akan menjadi darah daging nya..
SEBAGAI PERKERJA
aku ingin lebih peka terhadap mata pencarian aku..lebih rajin dari dahulu..aku suka akan kerja aku, sungguh!..lebih2 lagi bila kerja itu menjadi selesai dan akhirnya dapat menyelesaikan segala masalah..tidak ingin curi tulang..ingin usaha dan titik peluh yang halal serta selayaknya milik aku..ingin segalanya diberkati..
SEBAGAI INSAN DI MUKA BUMI
aku akan menghormati insan lain..lebih monghormati dan tidak mahu mereka memijak kepala aku lagi..argh siapa mereka??ustaz atau ustazah, mana yang baik aku hormat mana yang tidak baik, jangan marah andai aku tidak layan..jangan ingat muka cantik aku cuak..jangan ingat muka kacak bagus sangat..rupa pada aku tidak melambangkan peribadi..pada aku semuanya sama..
SEBAGAI HAMBA ALLAH
tidak mahu tinggal solat 5 waktu..sentiasa mengaji..sentisa meninggalkan yang larang, mengamalkan yang di suruh..patut pada segala suruhanNya..mahu bertaubat padaNya..ingatkan akan MATI..

28 December 2009

Selamat Hari Lahir Ahmad Khiz..

nama sahaja dah pelik..
macam orang nya jugak..
itu lah dia abang kandung aku yang sangat lain dari lain..
berkongsi tarikh yang sama dengan aku hanya bulan lahir sahaja berbeza..
Selamat Hari Lahir yang Ke 25..
p/s : matanglah engkau sematang usia mu..hehehehe..

26 December 2009

Hari Ini Ramai Sungguh Kelihatan Cantik..

Salam Hari Sabtu..
3 majlis kenduri perkahwinan aku singgah untuk hari ini..
2 daripadanya rakan sekolah menengah aku..
.
.
Rumah Pertama..
Perkahwinan Natasya..
aku sampai lebih kurang jam 12.35 tangah hari..
kira kena dengan masa bersanding yang tertulis dalam kad kahwinnya..
Tasya nampak cantik sekali dengan tema warna Coklat Lembut..
majlis yang simple tetapi meriah..
buah tangan nya pun agak menarik..
Kalender Meja yang terpapar gambar pasangan pengantin..
besar bajet nya..
Tahniah Untuk Natasya..
dan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput aku kemajlis mu..
.
.
Rumah Kedua..
Perkahwinan Farah..
aku sekadar menemankan Hani yang meneman kan aku untuk ke majlis kawan2 ku itu..
aku sampai kira2 jam 1.00 petang..
kali ini majlis ini berlangsung di dewan sekolah menengah ku dulu..
besar sungguh dewan ini..
masa kali terakhir aku menjejakan kaki disini, dewan ini masih tidak wujud lagi..
Farah cantik bertemakan Unggu dan Putih..
kena dengan orang nya..
Tahniah Untuk Farah dan pasangan..
.
.
Rumah Ketiga..
Perkahwinan Hasniza..
kawan sekelas aku masa aku di tingkatan 2 dahulu..
masa dulu aku acuh tak acuh dengan kawan2 disekolah..
mungkin aku masih tak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah baru..
lagi pun bersekolah di Port Dickson tak sama rasanya seperti bersekolah di Seremban..
aku lebih sukankan Port Dickson..
dulu, aku segelintir budak kelas aku masa di tingkatan 2 memanggilkan "Nyonya Tebu"..
entah kenapa aku tak tahu..
mungkin suara seperti cina jual tebu dekat kawasan sekolah mungkin..
aku tidak tahu tentang itu..
Cantik sungguh Hasniza, tidak seperti dulu..
dulu badan yang agak berisi..
rupa yang agak biasa..
suara yang agak kelakar..
tapi hari ini dia kelihatan sangat cantik tidak langsung seperti dulu..
bertemakan coklat dan cream sangat kena dengan dirinya..
hingga tak henti2 aku memujinya..
Tahniah untuk Hasniza..
p/s : terima kasih pada rakan2 aku yang sudi menjemput aku ke majlis perkahwinan mereka..kerana masih ingat pada aku..

24 December 2009

Lama Sungguh Dibiarkan Rasa Rindu Pula..

Salam untuk hari ini..
hurm..lama sungguh rasa tak aku update blog ini..
ya sejak aku berbadan dua rasa malas membiak2 dalam badan ini..
yer lah selera makan pun hilang..
sudah pasti badan aku kekurangan tenaga untuk membuat apa2 sahaja kerja..
lebih2 lagi melibatkan kerja rumah..
Alhamdulillah, aku dikurniakan suami(DIN) yang sangat ringan tulang..
sejak itu aku dilayan seperti seorang Permaisuri..
mungkin sebab itu dia suka sangat dengar lagi Jay Jay, Permaisuri..
sungguh sayang dia pada aku..
.
.
.
Tapi sejak seminggu dua ini selera aku kembali datang dengan perlahan-lahan..
aku sudah mula kembali mengemas rumah..
walaupun tidak serancak dulu..
tapi sudah larat untuk mengemas..
tapi rasa muntah masih ada..
hingga menitik air mata tiap kali aku muntah..
perit di dada, hanya mereka yang pernah rasa sahaja tahu..
perit sungguh mengandungkan seorang insan..
mungkin begitu semua ibu alami sepanjang kandungan di dalam perut mereka..
.
.
.
selera menjamah nasi pun sudah ada..
sudah 3 minggu aku tidak langsung menjamah sebutir nasi..
tengok sahaja sudah membuatkan aku loya..
yang teringin dek perut hanya Pizza Hut, McD, Chicken Chop dan segala makanan barat yang suami aku tidak gemar..
tapi semua itu makanan aku..
tiap kali aku suarakan keinginan aku untuk makan sesuatu..
pasti dia akan kata..
"Pelik2 saja awak ni nak makan"..
pernah aku muncung sedepa bila dia tak nak makan "Ikan Stim" seperti yang di inginkan oleh aku..
tapi akhirnya dia mengalah juga..
aku dapat apa yang aku nak..
Sayang Awak Sayang..
.
.
.
Hari kehari, dia kata perut aku semakin membulat..
tapi aku rasa sama sahaja..
mungkin dia terlebih exited..
pergi dan pulang kerja perkara pertama yang dia akan buat adalah mencium perut ku sambil bercakap2 dengan bakal anaknya ini..
"Baby rindu ayah tak"..
"Tak"..
heheheh..

03 December 2009

Tahniah : Bakal Menerima Cahaya Mata Yang Pertama

Tahniah Lagi !
kali ini untuk mereka2 yang bakal menyambut kelahiran anak yang pertama, untuk sesiapa kali yang kedua dan ketiga tahniah juga untuk anda ya..
  1. Kak Lina - Jun 2010
  2. Isteri Rozairi - Ogos 2010
  3. Isteri Ustaz Afif - Julai 2010
  4. Isteri Hazani - Mac 2010
  5. Akhir sekali Isteri Din ( aku lah tu) dijangka bersalin Julai 2010..insyaAllah...

Tahniah Untuk Kelahiran Cahaya Mata Yang Pertama

Tahniah!! ..
untuk sahabat2 aku yang baru sahaja melahirkan zuriat pertama mereka dan sedang melalui proses berpantang..



Selamat Menjadi Seorang Ibu

Dan

Selamat Melalui Proses Berpantang




  1. Kak Fiza melahirkan Nur Alisha Qaisara


  2. Kak Nurul melahirkan Raina Evaqairina


  3. Rohana melahirkan Rusyaidi Sufyan

Saat Di Awal Kandungan

Lama sungguh tak update blog..
since entry yang lepas aku dah mula alami alahan ibu mengandung..
terutama loya2..semua yang aku makan pasti keluar semula..
berubah sungguh rasa rutin hidup aku sejak tu..
dari seorang yang kuat makan terus jadi orang yang langsung tak berselera..
terutamanya nasi..nasi buat aku makin loya..
yang teringin dek perut asyik2 Pizza Hut..
mana nak cari Pizza Hut kat Jelebu ni..
KFC pun tak ada..
pantang naik kereta pasti nak kena muntah..
kalau sebelum ni aku gila stereng tapi sekarang bau kereta pun aku dah tak tahan..
malang sungguh nasib masa nak pulang ke Terengganu aku terpaksa pandu sendiri kereta memandangkan suami aku tiada lesen memandu..
semakin hari makin terasa perubahan pada diri..
bau badan suami pun aku dah kurang senang..
kesian dia asyik kena tolak bila datang dekat pada aku..
Maaf sayang..
Semalam payah sangat nak tidur..
dengan batuk yang semakin parah..
aku asyik mengamuk minta di belai..
kesian suami ku..tidur dia asyik terganggu..
ingat lagi malam tadi..aku tersedar suami ku senang duduk menyapu muka..
"Sayang kenapa?"kata aku..
"Tak ada apa, awak siku hidung saya"kata dia..
dalam hati simpati sangat..
sempat aku minta maaf pada nya..
sarapan tadi aku cerita pada Kak Nah dan Ustazah Fatimah peristiwa malam tadi..
"Eee..sakit taw kalu hidung kena siku"-Ustazah Fatimah..
"Sian lah Din hai, tak baik taw Nina siku hidung dia"-Kak Nah..
maaf semua..aku tak ada niat untuk menyakiti suami ku itu..
semua itu diluar sedar..
bagaimanakah keadaan aku 7 bulan akan datang..

20 November 2009

Negative Or Positive ??

URINE PREGNANCY TEST
Puan Ros Anina Binti Abu Kassim
-POSITIVE-

17 November 2009

Coretan Untuk Sahabat Lama Ku-Riduan..

Wey..
semalam aku terkejut sebab kau telepon aku..
lagi terkejut bila kau bahasakan diri "Wan"..
seumur hidup aku kenal kau, kau tak pernah pula kau macam ni..
kau beriya2 minta aku maafkan kau..
sangat beriya2 kau kata, kau doakan aku bahagia dengan suami aku..
tak henti2 aku dengar perkataan maaf dari kau..
maaf tak dapat datang wedding aku..
maaf sebab sakitkan hati aku..
maaf sebab kau buat banyak sangat salah dengan aku..
maaf sebab maki hamun aku dulu..
ya..
aku ingat lagi kata2 kau..
tak akan aku pernah lupa..
sungguh senang kau kata macam2 sedangkan kita kawan dah lama..
susah senang aku, kau sahabat aku..
ingat lagi..
kau sakit hati bila aku kenal Najwa..
dunia ni kecil saja..
Najwa muncul bukan sebab aku yang cari..
tapi Allah temukan kami..
kenapa kau marah bila Najwa kawan dengan aku??..
kenapa?..
kau takut dia tahu kau pernah suka pada aku?..
tapi kau tahu kan..
walaupun macam mana pun kita tak boleh lebih dari sahabat..
sahabat susah senang..
Wan..
aku pernah cakap pada Najwa..
aku tak marahkan kau masa kau maki hamun aku dulu..
tapi aku kecewa Wan..
aku kecewa tergamak semua tu keluar dari mulut seseorang yang aku anggap SAHABAT..
p/s : Jangan sesekali buang seseorang sebagai kawan, kelak kamu akan cari dia kembali..

06 November 2009

Apa Pula Kata Aku..

Sebenarnya aku rasa amat bertuah dihantar bertugas ke Jelebu..
dulu ayah aku beriya2 nak aku kerja di Putrajaya..
ada nama sikit katanya..
"Anak kerja mana?"..
"Putrajaya"..
mungkin ayah aku harapkan begitu..
tetapi cukup lah masa seminggu untuk aku duduk disana masa mula2 aku lapor di di JPM dulu..
sumpah aku tak mahu duduk di bandar lagi..
lebih2 lagi Putrajaya..
aku rasa sangat bosan dan tak tenang duduk di bandar..
mungkin orang2 yang duduk di kampung berlari2 berlumba2 nak ke bandar..
tapi bukan pada aku..
malah aku berangan2 nak membina "mahligai" indah bersama bersuami tercinta di kampung..
siap berangan nak reka rumah sendiri..
yang ada ruang depan yang besar..
senang nak buat kenduri kendara..
nak buah dapur besar..
sebab aku memang sentiasa memerlukan ruang yang besar semasa masak..
tak nak buah 2 tingkat..
nanti kalau sakit susah nak turun naik..
belakang rumah pula..
ada kebun pisang..
terutama sekali durian..
sekarang musim durian..
mari ke kebun ayah saya di Mantin..
p/s : entry ini aku mencerita aku bangga ke Jelebu, mungkin entry seterusnya aku menceritakan keadaan aku berada di dalam keluarga JAKIM..

05 November 2009

JAKIM di JELEBU : Apa kata mereka

"Walaupun saudara & saudari jauh dari kami (HQ JAKIM, Putrajaya) tapi amat dekat dihati saya "
- Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), dan bekas Pengarah bahagian aku..

"PPA Jelebu tempat JIN bertendang"
- Sebilangan besar kakitangan JAKIM di Putrajaya di semua bahagian..

"PPA cantik tempat nya, seronok duduk sana, kamu cuba dulu duduk sana"
-seorang ustazah dari Bahagian HALAL..

"Saya seronok disini, tenang "
-Pegawai Hal Ehwal Islam yang bertukar dari Cyberjaya ke Jelebu..

"Itu dia, orang duduk dihutan datang "
-kakitangan di Bahagian Dakwah (padahal mereka sebahagian dengan aku)..

"Eeee..ada ke patut PPA bagi saya bilik tak ada aircond lepas tu dah la lantai simen"
-Seorang kerani di Bahagian Latihan (baru masuk kerja)..

"Akak suka duduk sini, tak macam kat Putrajaya"
-Seorang kerani lagi di Bahagian Latihan (dah lama kerja)..

03 November 2009

Dia Bakal Jadi Ibu : Tapi Kenapa Yang Telah Jadi Ibu Begitu Kejam Pada Dia?

Aku menerima sms daripada bakal ibu yang menunggu masa untuk melahirkan anak pertamanya...........

##Bila akak tak mengandung lagi orang cakap2, bila akak dah mengandung pun orang cakap2 juga. sebab itu lah akak minta cuti awal ni, nak rehatkan fikiran. Bila MC pula orang asyik mengata.

##Sejak mengandung ni macam2 dugaan akak terima kat sini.

##Yang perempuan suka mengata belakang.

##Akak sorang2 je sekarang. Buat hal sendiri sebab tu lah akak ambik cuti awal. Bila akak MC orang tak percaya. Sorry Nina, akak cerita semua ni dekat Nina, akak dah tak tahan.

##Masalahnya yang cakap tu pun perempuan, dah pernah mengandung, dah pernah bersalin. Bergeng pulak tu, tak kan tak faham orang mengandung macam mana, sedih akak Nina. Dalam diam2 akak buat surat tukar. Akak memang dah tak ada hati kat sini.

p/s : Kami pernah duduk bercerita tentang keadaan kami yang tidak seronok di bahagian masing2..dan kami pernah mempunyai pendapat yang sama.
TIDAK MAHU BEKERJA DI JABATAN AGAMA LAGI.

28 October 2009

Ohh Damia.....

Damia oooo Damia..
Damia ni anak anggota Jabatan Penjara..
Aku kenal ayah dia..
Ibu dia aku baru kenal..
Teruja masa mula2 dukung Damia..
Sebelum ni aku hanya dengar cerita sahaja tentang ayah dan ibu dia........................


Sambutan Hari Raya PPAJ

Hari Raya Aidilfitri dah lepas saja aku nak letak gambar2 ni..photo by Afif..


Kek Untuk Nina

Terima Kasih pada bos dan staff2 kat pejabat yang sudi belikan kek untuk diri ku ini..
Walaupun birthday aku dah lepas lama tapi mereka sudi juga belikan kek..
siap beli 2 biji kek lagi untuk aku..
mentang2 aku kuat makan kek..
heheheh..
apa2 pun berbanyak terima kasih pada mereka..

Kek Pertama..

hurm..nak lagi!!!
Kek Kedua..
argh!!aku nak kek lagi...

27 October 2009

Kenapa Asyik Rindu Padahal Tidur Pun Sebantal..

Masa kemuncak rasa rindu:
HARI
Isnin hingga Jumaat
MASA
7.45 pg. hingga 5.00 ptg..

21 October 2009

Awak Bahagia Dengan Saya Tak???

Nina : Sayang, awak bahagia dengan saya tak?

Suami : Bahagia sangat sayang..

Nina : Betul ni?

Suami : Ye lah...

Nina : Kalau bahagia, belanja kek sebiji..dah lama tak makan kek..

Suami : Hek eler...................

p/s : Saya pun sangat bahagia dapat hidup bersama awak, sayang

Hajat Ku Ingin.....

Hajat dihati teringin sungguh nak ada DSLR sendiri..asyik pegang orang punya jer..asyik menunjukan bakat aku yang hebat ni dengan DSLR orang jer..tak best..nak sendiri punya..ingat lagi masa sem 2 kat poli dulu..semua orang buat final projek fotografi by kumpulan..entah macam mana..perang telah terjadi maka berpecah kumpulan aku..tapi akhirnya..aku tabahkan hati pergi jumpe lecturer..aku slow talk dengan dia..aku terangkan yang aku boleh move sorang2..alhamdulillah dia benarkan aku dan suruh aku terima sebarang risiko sendiri..dalam ramai2 just aku sorang yang buat final projek by individu..arhg!!!..aku bangga dengan diri aku..aku dapat A-..ingat lagi sem 2 juga lah aku banyak move sorang..dan aku berjaya..

ni lah DSLR pilihan hati..tapi kalu aku berjaya dapat yang lebih "up" dari ini tidak akan aku sia2kan bakat ku ini...

p/s : sayang..awak izinkan saya beli DSLR ni tak???

Aku Kritikal

sakit tekak aku ni masih tak elok2..seksa sungguh batin ni..
aku dah cukup berpantang nak sembuhkan tekak yang asyik batuk tahap kritikal ni..
pagi tadi payah sangat nak bangun..
sebab malam tadi aku telan ubat batuk terlebih dari sepatutnya..
ingat boleh cepat sembuh..
sebab rasa nak separuh mati bila batuk..
pekak dah teliga orang dengar batuk aku nih..
tekak cepatlah sembuh........

20 October 2009

Darah

“Kenapa darah saya jenis O+ pulak? Kakak saya A-”
“A’ah lah, kenapa lain pulak kan, saya dengan adik2 saya sama jer O+”
“Takkan saya anak angkat kot, tapi muka sebijik jer saya tengok”

Pasal jenis darah pun nak bikin hal lah ko ni nina..tak adalah aku heran tambah bengang lah asal aku O+ sedangkan Kak Dila A-..yang lain aku tak tanya pulak..semalam nak pergi check jenis darah aku dengan rombongan aku pergi menyerbu Klinik Kesihatan Kuala Klawang..berderet2 lah kami masuk terus ke kaunter..aku punya lah semangat muka selamba..

“Encik, nak check kumpulan darah boleh kan?”
“Untuk apa?”
“Nak masuk dalam system HRMIS”
“Ok, bagi IC”
“Encik, banyak tak ambik darah?”
“Banyok!1 botol besar” (mak ai poyo jer mamat Kelantan ni..)
“Laa, buat apa nak ambik banyak2?”

Aku tengok muka 2 orang tuh dah lain macam jer..penakut betul..ambik darah pon nak takut…siap boleh nak patah balik..tak lari keluar..baik lelaki baik perempuan sangat sama..iaitu takut darah kena sedut keluar..

Dalam ramai2 tu, aku pulak yang terakhirnya..aku dulu letak, aku pulak last..boleh pulak orang jaga kaunter tu ikut siapa paling tua sampai paling muda..bagus betul strategi..

Dalam bilik ambik darah tuh aku dah tergelak2 tengok yang si laki muka cam nak nanges..tak boleh tahan aku tengok..siap boleh jelir2 lidah menunjukan betapa takutnya dia..

Yang sorang lagi nih pulak memanjang nak balik jer..jangan nak mengada2..

sampai lah giliran sorang lagi ni..muka sama jer dengan yang tadi..nak nanges..siap halau aku jangan tengok..aku pulak siap ajak yang lain tengok muka dia..siap ejek2 lagi..kesian betul..

bila sampai masa aku nak kena ambik darah..tak ada orang nak ejek2 aku…sebab tak ada makna nak ejek aku pon..bukan aku gentar pun..mak ai ayat tak tahan..

on the way nak pergi makmal nak hantar darah..alah bukan jauh pun..lalu depan depa tuh..dorang bengang betul tengok muka aku..cam seronok je darah kena ambik..siap gelak2 ketawa macam baru menang cabutan bertuah pergi Paris..

aku letak sample darah dalam kotak yang disediakan, aku tekan loceng…TING!!!

Tunggu sambil mendengar cerita dari depa 2 orang..cerita macam kena ambik darah 4 botol padahal ambil 1 botol suling jer..alahai..

Result pertama – O+

Result kedua – O+

Sampai lah masa result aku pulak, O+ jugak…

Asal aku O kalau kakak aku A..
Heran..bukan kena sama ke..

Kat tangan ada kad kuning, kad pesakit luar, kena pulangkan ni..

“Nah kad..”
“Sama jer suma patut lah datang serombongan”

Ha? Sambut Raya Lagi?

Hari ni dah 1 Zulkaedah..
Ada ke patut Pejabat Daerah nak buat sambutan hari raya 3 Zulkaedah..
Biar betul..
Kalau ye pun DO dah tukar, tak kan lah tak boleh buat sepanjang Syawal yang lepas..
Buat marah orang jer..
Dalam surat khabar ada saja orang sound2, suruh sambut hari raya hanya 3 hari sahaja..
Tapi ni bukan 3 hari..
ini dah 33 hari..

Mimpi

Tak sangka betul lah apa yang aku mimpikan sebenarnya betul2 tengah terjadi..

kekadang aku memang percaya..

mimpi sebenarnya mainan tidur..

dan..

aku juga percaya..

mimpi akan menjadi kenyataan..

p/s : sab, sangat betulkah mimpi aku itu??

19 October 2009

Alahai Zura..

Dah lama aku terdetik nak tulis tentang zura since dia mengecewakan aku dengan kata2 dia..
zura zura..
aku hilang sabar pada insan bernama zura..
hilang rasa hormat pada gadis itu..
rasa benci..
rasa marah teramat sangat..
patutlah anis buat dia macam nih..
dan terdetik rasa memang patut firdaus tinggalkan dia..
memang patut dia tak ada kawan sebab dia suka sangat buang kawan..
alahai zura..
sedarlah wahai zura..
ingat bagus sangat ke..
ingat nina heran siapa zura..
apa2 drama?
ingat zura tak buat drama ke dengan nina?
tak kan lah setakat tak datang open house boleh buang kawan..
manusia apa kah anda ini..
nina ingat nina jer berperangai teruk..
tapi teruk lagi cik zura kan???
terima kasih lah untuk segalanya..

Sakit Lagi

Lepas kawin ni asyik sakit je..
aku bangun awal macam biasa je semalam..
basuh kain basuh pinggan kemas rumah..
sampai tengah hari, dah lain macam jer rasa..
panas sejuk je rasa..
aku demam panas, langsung tak larat nak bangun..
nasib baik suami aku off, kalau tidak boleh mati aku agaknya..
dari tengah hari semalam sampai tengah malam tadi, habislah satu papan panadol aku telan..

bangun pagi tadi suami aku kata badan aku tak sepanas semalam..
dan aku rasa larat nak bangun dan kemas rumah walaupun jam baru menunjukkan pukul 6 pagi..

08 October 2009

Saya Rindu Awak...

Sayang..

Bila awak nak balik ni..
saya rindulah..
bosan duduk rumah sorang2..
awak bestlah kawan2 awak ramai..
siap boleh tarik2 kaki suruh naik bot, siap cabut kasut lagi..
saya ni je duduk rumah tengok tv..
saya tengok tv pun macam tengok dinding tahu tak..

awak.......

rindu.........

terima kasih sudi baca blog saya yer sayang ku, wan zubarudin..

heheheh

07 October 2009

Dia Suami Ku...

Dia Suami Ku Dunia & Akhirat..
WAN ZUBARUDIN BIN WAN DAUD
Terima Kasih sayang.......
Awak memang seorang insan yang terbaik untuk saya........
Saya bersyukur awak dilahirkan untuk bersama saya........
Dan yang nyata.....
Awak lah jodoh saya.......
Untuk Suami Yang Tercinta :
Saya Cintakan Awak...

Hidup Ini Penuh Dengan Turun & Naik nya

Jatuh & Bangun
atau
Turun & Naik???

entahlah..tapi maknanya hampir sama kot..
betulkan apa aku katakan hidup ini penuh dengan turun dan naiknya..
kadang2 kita di bawah, kadang2 kita diatas..

ada masa kita sering jatuh ditimpa tangga..
sakitnya sendirilah rasa..
adoi!!!, tidak cukup rasanya digambarkan dengan perkataan..
tapi bila kita dah bangun..
huh....terus bangun tanpa jatuh2 lagi..

alangkah indahnya hidup jika tanpa di bawah..
betapa bangganya diri andai kita tidak pernah jatuh..

tetapi betapa nikmatnya kehidupan
andai kita berpeluang untuk rasa semuanya..

sesuatu yang jadi itu adalah untuk mematangkan fikiran..
mungkin kali pertama tidak matang, tapi percayalah...
suatu hari dia akan matang juga...

InsyaAllah.....

02 October 2009

Lemahnya rasa...

sakit tekak..
sakit kepada..
selsema..
sakit pinggang..

tak larat nak buat kerja..

orang ajak makan bukan main ramai hari ini..
time aku tak larat ni lah orang nak buat makan2..

aduiyai......

01 October 2009

Di Pondok Kecil - Untuk Ayah

dipondok kecil
di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu
diam-diamlah sayang
jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid
selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam
wahai abang ku
kemana ayah
ku sayang ayah
ku cinta ayah
duhai adik ku sayang
jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua
pada Mu Tuhan aku bermohon dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia untuk menegakkan agama Islam

Kenapa mandi ibu saya..dia tidur..

Pagi tadi pergi sarapan kat kedai Pak Akop dekat Taman Titi..
Tengah2 tangan sibuk menyenduk sambal, ternampak Acik Ani..
Terus aku tegur dia..
Suka tengok dia, walaupun dah berumur tapi masih cantik..

Acik Ani dan suami dia pernah sama tempat kerja dengan ayah dan arwah ibu masa kerja di Pejabat Tanah Jelebu dulu..
Bila aku letak makanan di atas meja, aku nampak seorang lelaki..
Mungkin suami dia..
Memang betul, aku tak pernah tengok suami dia, hanya dengar cerita dari ayah..

Acik Ani : Bang, nilah anak Encik Kassim yang kawin hari tu..

Suami : Dah agak dah, nak tegur takut salah orang, dah besar dah, dulu kecik je mase ibu dia meninggal..

Acik Ani : Berapa umur dulu ibu meninggal?

Nina : 2 tahun setengah..

Acik Ani : Acik ingat lagi awak kata, kenapa mandikan ibu saya, ibu tengah tidur lah..sedih tengok masa tu..

Suami : Kecil sangat, ni dah besar panjang dah..lama dah..

Ustazah Fatimah : Samalah dengan ustazah , kita tak ingat apa2..

Kalau dah jodoh tak kemana …..

Pagi tadi bangun tidur tengok ada sms yang sudah dibaca..
Siapa lagi yang dah baca kalau bukan suami aku..
Owh, Kak Amy rupanya..

Kak Amy : Salam..Nina watpe.. Akak ada berita gembira nak beritahu..

Cepat2 aku balas sms tu, tak sabar rasanya nak tahu apa yang gembira tu..

Aik!tak balas pun..
patutlah…
pagi sangat…
tak bangun lagi kot..
Aku tetap tak sabar aku hantar lagi sms..
Kali ni dia balas..

Kak Amy : Akak nak kawin bulan 3 ni..

Nina : Ye ker kak ? dengan siapa kak? Tibe2 je, ceritalah lagi..

Kak Amy : Dengan bekas tunang akak.. Dah habis fikir dah..

Nina : Alhamdulillah..dah memang jodoh akak kan..betul kata orang kan kalau dah jodoh tak kemana. Nanti saya tolong akak buat persiapan ye..saya suka lah buat bab2 nih..

Kak Amy : Nanti nina tolong la.Akak tak ada siapa yang nak tolong..

Aku dah terbayang2 nak buat untuk Kak Amy macam2…heheheheh

Betul kan pepatah itu…..

30 September 2009

Pandai bercakap tapi……..

Pernah dengar tak orang cakap..
Orang yang pandai cakap ni sebenarnya habuk pun tak ada..
Tapi aku rasalah..
Orang yang pandai cakap ni dia memang dilahirkan pandai bercakap..
Tapi bergantung pada apa yang dia cakap tu tentang apa..

Contoh 1 :
Kalau macam wakil rakyat bercakap Pung! Pang! Pung! Pang!
Nak buat itu nak buat ini..
Tapi sampai sudah habuk pun tak ada..
Tu baru sesuai menggunakan peribahasa yang disebutkan diatas..

Contoh 2:
Penceramah yang memberi ucapan atau ceramah dalam sesuatu program motivasi lah contohnya..
Walaupon pada hakikat mereka pon lebih kurang..
Namum begitu kebaikannya tetap ada..
Orang yang mendengar tu mungkin dapat memotivasikan diri mereka sendirikn?

Contoh 3:
Orang yang bercakap berdasarkan kisah hidup serta pengalaman mereka sendiri..
Mungkin kekadang dia bercakap seolah2 dia dah lalui..
Sampai anda rasa tak terfikir oleh anda apa yang dia cakap kan..
Percayalah, dia bercakap kerana dia telah melaluinya
Terimalah hakikat, walaupun dia mungkin sebaya dengan anda
Tapi kisah hidupnya dahulu mungkin tidak seindah kisah hidup diri anda..
Pengalaman mematangkan hidup seseorang..mungkin..


Kepada iN :
hidup dia tidak seperti anda, memang dia nampak berani untuk bercakap. tapi hakikatnya sebenarnya dia takut, tetap takut akan terjadi lagi seperti 20 tahun dahulu…….

Siapa dia iN??

‘iN’ nama macam perempuan tetapi dia lelaki..
sebaya dengan aku..
bukan ada apa pun dengan dia..
hanya kawan..
tapi hati ini dapat rasa, macam ada yang tak kena dengan dia..
tapi peduli apa aku dengan dia..
nanti dikata jaga tepi kain orang pula..

hahahahahah..

29 September 2009

Maafkan Saya Ustaz Kamel...

NINA/(P)/(4.01)/280986


Ustaz Mohd Kamel Bin Mat Salleh
Penguasa

Tuan,

PER : HILANG MOOD BEKERJA

Saya seperti nama pada empunya punya blog ingin menyatakan tujuan surat ini di 'posted' di blog saya untuk perhatian pihak tuan.

2. Saya ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat melaksanakan tugas dengan agak baik sejak akhir2 ini. Pendek kan cerita saya telah hilang mood berkerja sejak akhir2 ni. Ini kerana masalah peribadi yang mengganggu mutu kerja saya dan bukan lah kerana masalah di tempat kerja.

3. Saya berjanji, setelah masalah2 tesebut dapat diselesaikan, saya akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk jabatan seperti sebelum ini. Saya tidak akan menuntut sebarang elaun perjalanan untuk sebarang kerja luar saya lakukan serta saya tidak akan menuntut tuntutan kerja lebih masa sehingga hujung tahun 2009.

4. Timbangrasa dan keperhatinan dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

SAYA YANG MOHON MAAF

DINina
(PT (P/O)

s.k :

Ustaz Mohd Hafizam Abdul Rahman
Ketua Unit Pentadbiran & Kewangan

Puan Zainah Bahaman
Ketua Pembantu Tadbir

Fail Blog DINina

Kuat Betul Hati Terasa

semalam hari jadi aku, patut happylah kan..

aku ok je dari masuk kerja sampai lah lagi 1/2 jam nak balik..
aku pun tak tahu apa salah aku pada' sorang cleaner ' dekat pejabat tu..
cepat betul hati ni terasa dengan kata2 dia..

kak nah seperti biasa, dia insan memahami..
dia tahu aku terasa hati..
terus mood untuk pergi beraya hilang..
janji dengan orang2 dekat pejabat nak pergi makan nasi ayam dekat rumah Fiza..
terus terbantut rasa nak makan, padahal aku memang sangat lapar..

apalah salah nya bila aku minta resepi pada orang..
dah aku memang tak pandai masak, tak patut ke andai aku tanya orang macam mana nak masak????
kenapa dia perlu bezakan aku dengan menantu dia yang masak tak payah tanya orang resepi pun..
kalau iya pun dia dapat menantu yang sangat bagus, hebat sekali pun perlu ke nak banding2 kan dengan aku ni???..
dia patut bersyukur tak dapat menantu macam aku ni..

sebelum ni aku tak pernah wujudkan perbezaan taraf antara aku dengan dia..
tapi aku tekad..
mulai hari ini, aku dengan dia antara kerani dan cleanar..
aku tak akan bergelak ketawa dengan dia..
dan paling kejam..
aku tak akan angkat kaki andai dia nak sapu sampah bawah meja aku..
hina sungguh rasa hati bila dibezakan tak tentu pasal dan jadikan perkara itu bahan ketawa mereka..

sampai balik kerja aku menangis dalam hati..
dalam perjalanan ke Seremban, air mata aku jatuh juga..

jalan2 dekat Seremban Parade..
aku berkenan sangat baju tuh..
aku tgk aku tilik..
muat ke aku nak pakai ni..
aku tanya budak yang jaga kedai..

Nina : Kalau saya pakai muat ke?
Budak : Muat, ni getah..
Nina : Betul boleh muat n, dik?
Budak : Boleh, boleh, boleh blah!
Nina : Apa dia?(pandang tepat kat mata dia)


aku lepas kan baju itu dan berlalu..
kecewanya rasa bila aku bersungguh untuk beli..
hanya sekadar tanya, tapi di jawab pula begitu..

dari jauh aku terdengar..

Budak : Eh, akak ni betul bla pulak...........

28 September 2009

Hari Ini Aku Berumur 23 TAHUN

HAPPY 23rd BIRTHDAY TO ME -
PUAN ROS ANINA BINTI ABU KASSIM !!!

Senarai Orang Meng'wish' Dekat Aku :
  1. Suami ku yang tercinta
  2. Aien yang tersayang
  3. Arina yang sentiasa diingati
  4. Apek sahabat yang sejati
  5. In kawan yang baru
  6. Ust. Diana (mungkin dia diluar sedar semasa wished dekat aku tadi)
  7. Khiz abang aku yang sengal
  8. Ayah yang disayangi
  9. Mazlinor sahabat susah & senang
  10. dan lain2....................(aku suruh dorang wish)

muakakakakak

17 September 2009

zZzZzZzZzZzZz.....

Jumpa lagi minggu depan, esok aku mula cuti until 22nd Sept..

esok nak kemas rumah sampai siap, buat lengkong..
buat kueh raya sikit..
dan paling penting nak buat kuah kacang..
kalau jadi, alangkah bangganya nak bagi ayah rasa...

lusa nak balik rumah ayah..
nak kemas rumah..
sebab aku tahu 'cik puan' tak boleh harap..
makanan untuk suami pun tak masak ini kan untuk orang datang..

aduiyai....
takutnya suasana jadi tegang..
malas nak tengok muka dia..
malas nak tengok perangai 'orang beriman' tu..
takutnyaaaaaaaaaaaaaaa........................

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya
Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Daripada :

Ros Anina (Nina)
Wan Zubarudin (Din)

Berek Balai Polis Titi,
Titi, Jelebu
N. Sembilan

3 hari sebelum hari raya

Ayah tak pernah cerita..
tapi nenek pernah cerita..
arwah ibu meninggal dunia 3 hari sebelum raya..

acu pernah cerita masa orang sibuk2 baca Yassin..
aku berlari2 main bunga api sambil panjat kereta 'katak'..
acu nangis2 suruh aku turun..
menangis sbb aku terlalu kecil untuk kehilangan ibu..

pida pernah cerita..
ehem datang ambik dia kat kelas suruh balik..
Ehem : Pida, ayah suruh balik, ibu dah mati.

kami terlalu kecil dan muda untuk kehilangan seorang ibu..

semua orang cerita, arwah ibu seorang yang sangat baik..

bila balik kampung, kalau jumpa orang tua2 kat kampung..
semua orang cakap aku dah besar, sebab masa mereka jumpa aku dulu aku sangat kecil..
mereka selalu tanya..
Mereka : Nina ingat ibu tak?ingat pasal ibu tak?
Nina : Tak ingat.

Sebab aku terlalu kecil untuk mula mengingati tentang sesuatu................

15 September 2009

"Nina balik lah, tengok ayah"-Kak Nah

Tadi lepas kerja dah reda sikit, aku cerita sikit kat kak nah apa yang aku borak dengan ayah malam tadi..
kak nah dah macam emak aku, sangat memahami dan suka bagi nasihat..
dari aku anak dara sampailah bergelar isteri, kak nak memang insan yang sangat baik..
dia ajar aku masak, dari langsung tak tahu masak sampailah suami aku kata aku masak sedap sangat..
kak nah memang tahu 'drama' keluarga aku dari dulu sehingga sekarang..

"Nina balik lah, tengok ayah. Kesian ayah"
"Saya bukan tak nak balik kak nah, tapi saya tak nak 'cik puan' tu........"
"Biarkan dia, nina balik je. Buat macam rumah sendiri"
Aku mengeluh......
"Nina, orang tua ni bila dah hujung2 ni..........................."
kak nah macam tak sanggup nak habiskan ayat tu....
Aku faham.....

Ayah..

Semalam aku telefon ayah, tanya kabar..
dah lama tak telefon ayah..
ayah cakap dah 4 hari dia tak puasa, suspek denggi..
kesian ayah..
dulu masa duduk dengan ayah, ayah paling pantang kalau anak2 dia tidur tak sembur ubat nyamuk..
apatah lagi kalau cucu2 dia, habis mak ayah budak tu kena bebel..
ayah jaga anak2 dan cucu2 dia tapi dia pulak yang kena denggi..
argh..mungkin ayah dapat kat kebun..
ayah cakap pada aku doktor suruh minum air banyak2..
suruh minum 100Plus..tapi ayah cakap tak boleh minum sangat nanti kena kencing manis..
betul juga, tapi tu salah satu ubat yang ramai orang minum..
kesan pun boleh tahan..
borak2 dengan ayah nanti raya macam mana..
boleh ke aku balik beraya..
tahun ni maha hebat dugaan ayah terima..
sikit demi sikit..
sampailah ke tahap, isteri dia tak masak untuk dia lagi dan ayah masak sendiri..
kesian ayah..
kenapa jadi macam ni..
kenapa 'cik puan' tak haibis buat kekejaman pada keluarga aku..
aku ingat bila aku dah keluar dari rumah tu keadaan akan baik dan tenang..
tapi ayah makin sengsara..
kalau lah arwah ibu ada lagi..............................................

Genap Sebulan Bergelar Isteri

Hari ini 15hb..
genap sebulan aku menjadi seorang isteri..
rasa macam dah lama pula, mungkin sebab bulan puasa..
tugas semakin banyak..
asyik masak..
asyik buat lengkong..
kemas rumah tak henti2..
shopping macam2 sampai rumah kami tak macam rumah orang baru kahwin..
"Complete"..
cuma masih tak ada rezeki zuriat je lagi..


Alhamdulillah, aku sangat bahagia walaupun ada masa kami gaduh juga..
Din memang suami yang baik dan penyabar..
sentiasa meminta maaf bila tahu aku terasa hati..
sanggup keluarkan air mata kalau lihat aku menangis..
betul kata kawan2 Din dulu..

'Hang bertuah dapat dia'-Encik Man, IPD Rembau..

'Din ni baik budaknya'-Encik Zul, Sg. Rotan..

'Baik budak ni, tak banyak cakap dan lurus'-Ketua Balai Polis Titi (OCS)

14 September 2009

Masak memasak..

Masak..Masak..Masak dan terus memasak..

aku mengaku aku masa mula2 kahwin memang sangat tak pandai masak..
masa sebelum kahwin pun aku dah siap cakap awal2 kat bakal suami aku yang aku memang tak pandai masak tetapi akan belajar masak..
aku bukannya malas tapi keadaan tak mengizinkan..
sangat tertekan kalau duduk kat dapur nak masak masa duduk dengan ayah dan 'cik puan' dulu..
dapur kat rumah ayah milik 'cik puan'..
aku tak suke dia..
mungkin sab masih ingat cerita "piring terbang" yang aku pernah cerita dulu..
masa kitaorang darjah 5 dulu kot..
kalu tak ingat tak apa, kisah lama 13 tahun lepas siapa yang masih ingatkan??

11 September 2009

Kad Raya Special

Us. Kamel : Nak tahu tak siapa bagi saya kad raya, kad paling special kali nih?(sambil tunjuk muka depan kad tersebut)

Nina : ( Dah tahu dah, sebab aku yang letak kat dalam bilik dia )

Kak Nah : Siapa ustaz?

Us. Kamel : Jeng..jeng...( sambil menunjukan isi dalam kad raya tersebut, ada gambar lagi )

Kak Nah : Ooo, Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim..Dia bagi atas nama ker ustaz?

Us. Kamel : A'ah, atas nama saya..saya nak tunggu kad dari Datuk Syarizat pula..

10 September 2009

DUIT RAYA RM500

Petikan keratan akhbar Berita Harian, 10 September 2009

PUTRAJAYA: Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima hadiah Aidilfitri apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 seorang, semalam.

Nina : Alhamdulillah..tak bagi pun tak apa sebenarnya...dah bagi Alhamdulillah...boleh bayar roadtax kereta bulan 12 nanti..

TERIMA KASIH...

IV & IV = IV naik pangkat dan naik gaji

Diwaktu semua orang sedang sibuk....

Us. Afif : Nina kalau PTK IV IV naik gaji dengan naik pangkat kan??
Nina : A'ah...( hebat sungguh kalau dpt IV IV tuh)
Us. Afif : Kalau IV III?
Nina : Naik gaji dan naik pangkat juga kot..
Us. Afif : Naik gaji tu naik macam mana?jadi P2 ?
Nina : A'ah...(kot)

Sedang2 aku tahan ngantok di petang hari kejab tadi....tiba2 ada orang buka pintu pejabat

Us. Afif : Nina, betul lah IV IV..
Nina : ???(apo bondo eh ni jang?
Us. Afif : Saya dapat IV IV..saya telefon JAKIM tadi..
Nina : Yer ker? (kagum, hebat sungguh)
Us. Afif : Saya pun tak percaya, saya kata " Tipulah " orang tu kata " Apa tipu pulak, dalam ramai, ustaz sorang jer dapat IV IV"...
Nina : Hebat betul..(perlahan jer tak tahu lah dia dengar tak)
Us. Afif : Rezeki saya..heheheheh...

KEPADA US. AFIF:


TAHNIAH YER US.
JANGAN LUPA BELANJA SAYA MACAM BIASA YER
KALU DULU BAGI RM10
KALI NI BAGI LAH RM 100
DUIT RAYA ... HEHEHEEH
WALAUPUN HANYA TAHU MAIN GAME JE BILA FREE
TAPI US. BERJAYA JUGA US.
WALAUPUN HARI TUH NAK SAH JAWATAN
BUKAN MAIN PAYAH NAK LULUS ASYIK KANDAS JE
TAPI KALI NI MUDAH JER
TAHNIAH YOOOOO!!!!

Sakitnya Bila Difitnah

Selama aku hidup, mungkin banyak kali dah aku difitnah dikianat oleh sesiapa yang aku kenal & aku tidak kenal..
tapi aku tak adalah ambik hati sangat atau teringat2 sangat, sekadar pekara dah lepas aku pun jadi tak ingat dan tak nak ingat..
apa yang jadi semalam cukup membuatkan jantung aku rasa macam nak jatuh..
kaki mengigil..
aku rasa takut sangat..
rasa terlalu marah..
sikit ada perasaan dendam..
tak puas hati..
semuanya ada..
andai perkara ini berlaku antara aku dengan orang lain, mungkin aku akan tenang dan tidak semarah ini..
tapi bila yang terjadi ini antara aku dan suami aku yang baru aku kawini tak genap pun sebulan cukup buat aku hilang sabar..
sebelum kawin lagi, aku memang kuat cemburu lebih2 lagi suami aku ramai kenalan wanita & perempuan (ada yang baik & ada yang sebaliknya)..
tapi suami aku pandai redakan aku..
aku percayakan dia..
Alhamdulillah, dia tak pernah abaikan aku..
akhirnya aku dapat kurangkan rasa cemburu dan aku beri dia kepercayaan..
kekadang ada juga terbabas marah sebab dia terlalu layan sangat adik2 angkat yang konon perlu sangat perhatian dari dia..
tapi tak sangka....
bila aku beri kepercayaan pada suami aku untuk terus berhubung dengan adik2 angkat dia..
ada yang sanggup memfitnah aku pada suami..
huh...
sayang seribu kali sayang..
suami aku tersalah ambik adik angkat rupanya..
terang2 budak perempuan tu memfitnah aku..
aku cukup bukti yang menyatakan aku tak buat pun seperti yang dia kata..
kenapa lah manusia terlalu kejam bila orang buat baik pada dia..

itulah manusia kan..

bukanlah bagus sangat ada adik angkat ke, abang angkat ke..

sayang, suami aku tersalah pilih adik angkat..

01 September 2009

Macam gangster jer

Tuk! Tuk! Tumpang tanya puan...

##aku hanya dengar suara, aku dalam bilik eSPKB tak nampak orang yang masuk. masa tu kak nah tengah cakap kat telefon, nampak kak nah tunjuk isyarat tunggu kat empunya suara.

Kak Nah : Nina cakap dengan orang AG ni kejab..payah betul..

patutnya memang aku yang kena telefon sendiri tapi aku tahu, mesti diaorang takkan faham apa aku cakap, kak nah pula baik hati untuk telefon nak tanya pada pihak AG. aku pun keluar dari bilik eSPKB ke telefon atas meja kak nah. bila dah pegang telefon mata aku cepat je tengok orang yang datang tuh..

MAK AI!!!!

Macam gangster pulak orang AADK ni..(AADK mana tak perasan pula aku, buat kursus 3 hari kat tempat aku, tu yang pejabat aku di datangi ramai orang AADK)

Dengan rambut separuh putih separuh hitam,
bulu mata separuh ada separuh tak ada
janggut separuh itam separuh putih

(ini mesti pegawai AADK menyamar jadi pengedar dadah sebab nak tangkap orang hisap dadah kot)

entah lah.....

Pengumuman

Us. Kamel : 13 Oktober kita buat jamuan raya ye.

Ust. Fatimah : Kena bawa kuih raya.

Nina : (Kena beli kuih raya macam2 lah macam ni, aku juga alasan aku nak beli kuih raya lagi)

Suami Ku Pandai Masak

Sayang : Yang, hari ni awak nak makan apa???

Aku : Makan apa??(Ada ke patut dia tanya aku nak makan apa, patutnya aku yang tanya dia nak makan apa)

Sayang : Saya nak masaklah, esok saya off.

Aku : Apa2 pon tak apa, saya tak kisah.

Sayang : Masak tomyam campur nak tak??

Aku : Boleh je.

Sayang : Goreng sayur nak?

Aku : Tak kisah lah, yang. ( ishh..ni sampai bila aku nak pandai masak ni, bila nak masak je dia ambik tempat, tahu lah aku tak pandai lagi masak )

07 August 2009

tulis saja Nina

beg dah kemas...
nak balik dah...
minggu depan cuti 2 minggu...
seminggu di seremban seminggu di terengganu kiter...
huhuh
Jelebu di landa jerebu..
sesak nafas lah...
hujan lebat sangat tiba2 pula panas...
lepas itu hujan panas pula...
esok nak pergi Taman Titiwangsa dengan Aien...
kakak kawan lama kawen kat sana ( macam best kan)...
balik ni nak pergi cari hadiah...
nak bagi apa ye???
macam biasa kot kan...

06 August 2009

Seremban --> Jelebu = Perjalanan Yang Tenang

hari ini drive sorang2 jerk...
( bawa NCE )
keluar awal yang amat, macam biasa if drive sorang2 memang keluar awal...
pukul 6.32 a.m aku dah ada atas jalan dah...
hurm...dah 2 tahun aku berulang seremban jelebu, tiap2 hari aku habiskan masa dekat 2 jam atas jalan raya nih...
( Jalan Bukit Tangga )
hari ini hari khamis, esok jumaat hari last aku berulang seremban jelebu...
next week aku dah start cuti for 2 weeks...
( cuti kahwin laa )
minggu ke 3 aku dah jadi isteri Din, aku dah tak berulang lagi...
( dah duduk Berek Titi )
malam tadi tidur awal, bila bangun pagi rasa sangat segar mungkin dah puas tidur kot...
( bangun pukul 5.03 a.m )
tadi dalam kereta, rasa tenang sangat, terus terang nak cakap, selama berulang alik 2 tahun ni perjalanan ke tempat kerja aku adalah perjalanan yang sangat menyenangkan...
kenapa erk???
perjalanan yang tanpa trafic light, tanpa jam, tanpa menukar ke gear 1 ble dah masuk gear 2,
( kalau yang pakai kereta manual lah )
tanpa halangan yang membuatkan kereta berhenti bila dah mula berjalan...
walaupun dikeliling hutan yang hijau, tiada apa yang boleh menarik perhatian cuma yang ada pokok menghijau
aku rasa sangat tenang berbanding 2 tahun lalu, bila aku berulang Seremban --> Putrajaya
( aku tak suka kerja di Putrajaya termasuk orang2 nya juga )
betul kata us azlim, seronok kerja kat Jelebu
( sebelum ni dia berulang Seremban --> Cyberjaya )
patutlah kak nah sanggup berulang Seremban --> Jelebu nak dekat 5 tahun
( dia tak nak tukar Seremban )
tapi...aku dah pernah buat surat tukar ke Seremban

05 August 2009

SI TUDUNG vs SI KOPIAH

tiap2 hari asyik bertekak..

dari pagi bawa ke petang..

si tudung sakat si kopiah, si kopiah tahan geram (tunjuk gigi dia yang sangat putih)

giliran si kopiah pula sakat si tudung, si tudung pula tahan geram (tunjuk kan lesung pipit dia pula)

bila si kopiah tak tahan sangat kena sakat dengan si tudung boleh pula tu pergi mengadu dekat 'mak' dia

yang 'mak' dia pula lebihkan si kopiah dari si tudung, si tudung pula hentak kaki, kenapa bila dia mengadu 'mak' suruh sabar

bila si kopiah mengadu 'mak' tegur tak baik buat macam tu

hari ni 'mak' tak ada, tadi si kopiah pukul si tudung dengan bantal

tak baik taw!!!bantal tuh si tudung yang hadiahkan

p/s-si kopiah, jangan pukul si tudung, si tudung insan lemah

muakakakakaak..................

Walimah

Jemput datang semua.....






PTK

dah agak dah...mesti dapat aras II ni semua gara2 langsung tak tahu aper benda lah KMK.argh!!!

03 August 2009

assalamulaikum

Assalamulaikum.......

alhamdulillah, pandai jugak sy buka blog sendiri...
actly pernah terlintas nk bukak tp sy sgt malas tp sejak akhir2 nih seronok tgk blog org...
rasa nk jgk menulis mcm org lain, so akhirnya buat keputusan tok buka jgk...
lg pon mayb seronok kn menulis????insyaAllah...
sy akan sentiasa update blog sy...
2 mgu nih sy sgt sibuk tok majlis perkahwinan saya, sangat pening, penat, dugaan dan mcm...moge sy tabah tok hadapi semuanya...

thanks to sabariah, ko buat aku tok ader blog sendiri walaupon xder pon niat ko nk aku ader blog sendiri...

heheheh...

sekian sahaja setakat ini....

wassalam....