06 November 2009

Apa Pula Kata Aku..

Sebenarnya aku rasa amat bertuah dihantar bertugas ke Jelebu..
dulu ayah aku beriya2 nak aku kerja di Putrajaya..
ada nama sikit katanya..
"Anak kerja mana?"..
"Putrajaya"..
mungkin ayah aku harapkan begitu..
tetapi cukup lah masa seminggu untuk aku duduk disana masa mula2 aku lapor di di JPM dulu..
sumpah aku tak mahu duduk di bandar lagi..
lebih2 lagi Putrajaya..
aku rasa sangat bosan dan tak tenang duduk di bandar..
mungkin orang2 yang duduk di kampung berlari2 berlumba2 nak ke bandar..
tapi bukan pada aku..
malah aku berangan2 nak membina "mahligai" indah bersama bersuami tercinta di kampung..
siap berangan nak reka rumah sendiri..
yang ada ruang depan yang besar..
senang nak buat kenduri kendara..
nak buah dapur besar..
sebab aku memang sentiasa memerlukan ruang yang besar semasa masak..
tak nak buah 2 tingkat..
nanti kalau sakit susah nak turun naik..
belakang rumah pula..
ada kebun pisang..
terutama sekali durian..
sekarang musim durian..
mari ke kebun ayah saya di Mantin..
p/s : entry ini aku mencerita aku bangga ke Jelebu, mungkin entry seterusnya aku menceritakan keadaan aku berada di dalam keluarga JAKIM..

05 November 2009

JAKIM di JELEBU : Apa kata mereka

"Walaupun saudara & saudari jauh dari kami (HQ JAKIM, Putrajaya) tapi amat dekat dihati saya "
- Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), dan bekas Pengarah bahagian aku..

"PPA Jelebu tempat JIN bertendang"
- Sebilangan besar kakitangan JAKIM di Putrajaya di semua bahagian..

"PPA cantik tempat nya, seronok duduk sana, kamu cuba dulu duduk sana"
-seorang ustazah dari Bahagian HALAL..

"Saya seronok disini, tenang "
-Pegawai Hal Ehwal Islam yang bertukar dari Cyberjaya ke Jelebu..

"Itu dia, orang duduk dihutan datang "
-kakitangan di Bahagian Dakwah (padahal mereka sebahagian dengan aku)..

"Eeee..ada ke patut PPA bagi saya bilik tak ada aircond lepas tu dah la lantai simen"
-Seorang kerani di Bahagian Latihan (baru masuk kerja)..

"Akak suka duduk sini, tak macam kat Putrajaya"
-Seorang kerani lagi di Bahagian Latihan (dah lama kerja)..

03 November 2009

Dia Bakal Jadi Ibu : Tapi Kenapa Yang Telah Jadi Ibu Begitu Kejam Pada Dia?

Aku menerima sms daripada bakal ibu yang menunggu masa untuk melahirkan anak pertamanya...........

##Bila akak tak mengandung lagi orang cakap2, bila akak dah mengandung pun orang cakap2 juga. sebab itu lah akak minta cuti awal ni, nak rehatkan fikiran. Bila MC pula orang asyik mengata.

##Sejak mengandung ni macam2 dugaan akak terima kat sini.

##Yang perempuan suka mengata belakang.

##Akak sorang2 je sekarang. Buat hal sendiri sebab tu lah akak ambik cuti awal. Bila akak MC orang tak percaya. Sorry Nina, akak cerita semua ni dekat Nina, akak dah tak tahan.

##Masalahnya yang cakap tu pun perempuan, dah pernah mengandung, dah pernah bersalin. Bergeng pulak tu, tak kan tak faham orang mengandung macam mana, sedih akak Nina. Dalam diam2 akak buat surat tukar. Akak memang dah tak ada hati kat sini.

p/s : Kami pernah duduk bercerita tentang keadaan kami yang tidak seronok di bahagian masing2..dan kami pernah mempunyai pendapat yang sama.
TIDAK MAHU BEKERJA DI JABATAN AGAMA LAGI.