20 October 2009

Darah

“Kenapa darah saya jenis O+ pulak? Kakak saya A-”
“A’ah lah, kenapa lain pulak kan, saya dengan adik2 saya sama jer O+”
“Takkan saya anak angkat kot, tapi muka sebijik jer saya tengok”

Pasal jenis darah pun nak bikin hal lah ko ni nina..tak adalah aku heran tambah bengang lah asal aku O+ sedangkan Kak Dila A-..yang lain aku tak tanya pulak..semalam nak pergi check jenis darah aku dengan rombongan aku pergi menyerbu Klinik Kesihatan Kuala Klawang..berderet2 lah kami masuk terus ke kaunter..aku punya lah semangat muka selamba..

“Encik, nak check kumpulan darah boleh kan?”
“Untuk apa?”
“Nak masuk dalam system HRMIS”
“Ok, bagi IC”
“Encik, banyak tak ambik darah?”
“Banyok!1 botol besar” (mak ai poyo jer mamat Kelantan ni..)
“Laa, buat apa nak ambik banyak2?”

Aku tengok muka 2 orang tuh dah lain macam jer..penakut betul..ambik darah pon nak takut…siap boleh nak patah balik..tak lari keluar..baik lelaki baik perempuan sangat sama..iaitu takut darah kena sedut keluar..

Dalam ramai2 tu, aku pulak yang terakhirnya..aku dulu letak, aku pulak last..boleh pulak orang jaga kaunter tu ikut siapa paling tua sampai paling muda..bagus betul strategi..

Dalam bilik ambik darah tuh aku dah tergelak2 tengok yang si laki muka cam nak nanges..tak boleh tahan aku tengok..siap boleh jelir2 lidah menunjukan betapa takutnya dia..

Yang sorang lagi nih pulak memanjang nak balik jer..jangan nak mengada2..

sampai lah giliran sorang lagi ni..muka sama jer dengan yang tadi..nak nanges..siap halau aku jangan tengok..aku pulak siap ajak yang lain tengok muka dia..siap ejek2 lagi..kesian betul..

bila sampai masa aku nak kena ambik darah..tak ada orang nak ejek2 aku…sebab tak ada makna nak ejek aku pon..bukan aku gentar pun..mak ai ayat tak tahan..

on the way nak pergi makmal nak hantar darah..alah bukan jauh pun..lalu depan depa tuh..dorang bengang betul tengok muka aku..cam seronok je darah kena ambik..siap gelak2 ketawa macam baru menang cabutan bertuah pergi Paris..

aku letak sample darah dalam kotak yang disediakan, aku tekan loceng…TING!!!

Tunggu sambil mendengar cerita dari depa 2 orang..cerita macam kena ambik darah 4 botol padahal ambil 1 botol suling jer..alahai..

Result pertama – O+

Result kedua – O+

Sampai lah masa result aku pulak, O+ jugak…

Asal aku O kalau kakak aku A..
Heran..bukan kena sama ke..

Kat tangan ada kad kuning, kad pesakit luar, kena pulangkan ni..

“Nah kad..”
“Sama jer suma patut lah datang serombongan”

2 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~

darah ku jugak O positif kak~

aku said...

kalu adik zara ikut sekali, mesti orang tu kate datang se bas ramainya...heheheheh