30 September 2009

Pandai bercakap tapi……..

Pernah dengar tak orang cakap..
Orang yang pandai cakap ni sebenarnya habuk pun tak ada..
Tapi aku rasalah..
Orang yang pandai cakap ni dia memang dilahirkan pandai bercakap..
Tapi bergantung pada apa yang dia cakap tu tentang apa..

Contoh 1 :
Kalau macam wakil rakyat bercakap Pung! Pang! Pung! Pang!
Nak buat itu nak buat ini..
Tapi sampai sudah habuk pun tak ada..
Tu baru sesuai menggunakan peribahasa yang disebutkan diatas..

Contoh 2:
Penceramah yang memberi ucapan atau ceramah dalam sesuatu program motivasi lah contohnya..
Walaupon pada hakikat mereka pon lebih kurang..
Namum begitu kebaikannya tetap ada..
Orang yang mendengar tu mungkin dapat memotivasikan diri mereka sendirikn?

Contoh 3:
Orang yang bercakap berdasarkan kisah hidup serta pengalaman mereka sendiri..
Mungkin kekadang dia bercakap seolah2 dia dah lalui..
Sampai anda rasa tak terfikir oleh anda apa yang dia cakap kan..
Percayalah, dia bercakap kerana dia telah melaluinya
Terimalah hakikat, walaupun dia mungkin sebaya dengan anda
Tapi kisah hidupnya dahulu mungkin tidak seindah kisah hidup diri anda..
Pengalaman mematangkan hidup seseorang..mungkin..


Kepada iN :
hidup dia tidak seperti anda, memang dia nampak berani untuk bercakap. tapi hakikatnya sebenarnya dia takut, tetap takut akan terjadi lagi seperti 20 tahun dahulu…….

Siapa dia iN??

‘iN’ nama macam perempuan tetapi dia lelaki..
sebaya dengan aku..
bukan ada apa pun dengan dia..
hanya kawan..
tapi hati ini dapat rasa, macam ada yang tak kena dengan dia..
tapi peduli apa aku dengan dia..
nanti dikata jaga tepi kain orang pula..

hahahahahah..

29 September 2009

Maafkan Saya Ustaz Kamel...

NINA/(P)/(4.01)/280986


Ustaz Mohd Kamel Bin Mat Salleh
Penguasa

Tuan,

PER : HILANG MOOD BEKERJA

Saya seperti nama pada empunya punya blog ingin menyatakan tujuan surat ini di 'posted' di blog saya untuk perhatian pihak tuan.

2. Saya ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat melaksanakan tugas dengan agak baik sejak akhir2 ini. Pendek kan cerita saya telah hilang mood berkerja sejak akhir2 ni. Ini kerana masalah peribadi yang mengganggu mutu kerja saya dan bukan lah kerana masalah di tempat kerja.

3. Saya berjanji, setelah masalah2 tesebut dapat diselesaikan, saya akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk jabatan seperti sebelum ini. Saya tidak akan menuntut sebarang elaun perjalanan untuk sebarang kerja luar saya lakukan serta saya tidak akan menuntut tuntutan kerja lebih masa sehingga hujung tahun 2009.

4. Timbangrasa dan keperhatinan dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

SAYA YANG MOHON MAAF

DINina
(PT (P/O)

s.k :

Ustaz Mohd Hafizam Abdul Rahman
Ketua Unit Pentadbiran & Kewangan

Puan Zainah Bahaman
Ketua Pembantu Tadbir

Fail Blog DINina

Kuat Betul Hati Terasa

semalam hari jadi aku, patut happylah kan..

aku ok je dari masuk kerja sampai lah lagi 1/2 jam nak balik..
aku pun tak tahu apa salah aku pada' sorang cleaner ' dekat pejabat tu..
cepat betul hati ni terasa dengan kata2 dia..

kak nah seperti biasa, dia insan memahami..
dia tahu aku terasa hati..
terus mood untuk pergi beraya hilang..
janji dengan orang2 dekat pejabat nak pergi makan nasi ayam dekat rumah Fiza..
terus terbantut rasa nak makan, padahal aku memang sangat lapar..

apalah salah nya bila aku minta resepi pada orang..
dah aku memang tak pandai masak, tak patut ke andai aku tanya orang macam mana nak masak????
kenapa dia perlu bezakan aku dengan menantu dia yang masak tak payah tanya orang resepi pun..
kalau iya pun dia dapat menantu yang sangat bagus, hebat sekali pun perlu ke nak banding2 kan dengan aku ni???..
dia patut bersyukur tak dapat menantu macam aku ni..

sebelum ni aku tak pernah wujudkan perbezaan taraf antara aku dengan dia..
tapi aku tekad..
mulai hari ini, aku dengan dia antara kerani dan cleanar..
aku tak akan bergelak ketawa dengan dia..
dan paling kejam..
aku tak akan angkat kaki andai dia nak sapu sampah bawah meja aku..
hina sungguh rasa hati bila dibezakan tak tentu pasal dan jadikan perkara itu bahan ketawa mereka..

sampai balik kerja aku menangis dalam hati..
dalam perjalanan ke Seremban, air mata aku jatuh juga..

jalan2 dekat Seremban Parade..
aku berkenan sangat baju tuh..
aku tgk aku tilik..
muat ke aku nak pakai ni..
aku tanya budak yang jaga kedai..

Nina : Kalau saya pakai muat ke?
Budak : Muat, ni getah..
Nina : Betul boleh muat n, dik?
Budak : Boleh, boleh, boleh blah!
Nina : Apa dia?(pandang tepat kat mata dia)


aku lepas kan baju itu dan berlalu..
kecewanya rasa bila aku bersungguh untuk beli..
hanya sekadar tanya, tapi di jawab pula begitu..

dari jauh aku terdengar..

Budak : Eh, akak ni betul bla pulak...........

28 September 2009

Hari Ini Aku Berumur 23 TAHUN

HAPPY 23rd BIRTHDAY TO ME -
PUAN ROS ANINA BINTI ABU KASSIM !!!

Senarai Orang Meng'wish' Dekat Aku :
  1. Suami ku yang tercinta
  2. Aien yang tersayang
  3. Arina yang sentiasa diingati
  4. Apek sahabat yang sejati
  5. In kawan yang baru
  6. Ust. Diana (mungkin dia diluar sedar semasa wished dekat aku tadi)
  7. Khiz abang aku yang sengal
  8. Ayah yang disayangi
  9. Mazlinor sahabat susah & senang
  10. dan lain2....................(aku suruh dorang wish)

muakakakakak