30 September 2009

Pandai bercakap tapi……..

Pernah dengar tak orang cakap..
Orang yang pandai cakap ni sebenarnya habuk pun tak ada..
Tapi aku rasalah..
Orang yang pandai cakap ni dia memang dilahirkan pandai bercakap..
Tapi bergantung pada apa yang dia cakap tu tentang apa..

Contoh 1 :
Kalau macam wakil rakyat bercakap Pung! Pang! Pung! Pang!
Nak buat itu nak buat ini..
Tapi sampai sudah habuk pun tak ada..
Tu baru sesuai menggunakan peribahasa yang disebutkan diatas..

Contoh 2:
Penceramah yang memberi ucapan atau ceramah dalam sesuatu program motivasi lah contohnya..
Walaupon pada hakikat mereka pon lebih kurang..
Namum begitu kebaikannya tetap ada..
Orang yang mendengar tu mungkin dapat memotivasikan diri mereka sendirikn?

Contoh 3:
Orang yang bercakap berdasarkan kisah hidup serta pengalaman mereka sendiri..
Mungkin kekadang dia bercakap seolah2 dia dah lalui..
Sampai anda rasa tak terfikir oleh anda apa yang dia cakap kan..
Percayalah, dia bercakap kerana dia telah melaluinya
Terimalah hakikat, walaupun dia mungkin sebaya dengan anda
Tapi kisah hidupnya dahulu mungkin tidak seindah kisah hidup diri anda..
Pengalaman mematangkan hidup seseorang..mungkin..


Kepada iN :
hidup dia tidak seperti anda, memang dia nampak berani untuk bercakap. tapi hakikatnya sebenarnya dia takut, tetap takut akan terjadi lagi seperti 20 tahun dahulu…….

No comments: