26 December 2009

Hari Ini Ramai Sungguh Kelihatan Cantik..

Salam Hari Sabtu..
3 majlis kenduri perkahwinan aku singgah untuk hari ini..
2 daripadanya rakan sekolah menengah aku..
.
.
Rumah Pertama..
Perkahwinan Natasya..
aku sampai lebih kurang jam 12.35 tangah hari..
kira kena dengan masa bersanding yang tertulis dalam kad kahwinnya..
Tasya nampak cantik sekali dengan tema warna Coklat Lembut..
majlis yang simple tetapi meriah..
buah tangan nya pun agak menarik..
Kalender Meja yang terpapar gambar pasangan pengantin..
besar bajet nya..
Tahniah Untuk Natasya..
dan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput aku kemajlis mu..
.
.
Rumah Kedua..
Perkahwinan Farah..
aku sekadar menemankan Hani yang meneman kan aku untuk ke majlis kawan2 ku itu..
aku sampai kira2 jam 1.00 petang..
kali ini majlis ini berlangsung di dewan sekolah menengah ku dulu..
besar sungguh dewan ini..
masa kali terakhir aku menjejakan kaki disini, dewan ini masih tidak wujud lagi..
Farah cantik bertemakan Unggu dan Putih..
kena dengan orang nya..
Tahniah Untuk Farah dan pasangan..
.
.
Rumah Ketiga..
Perkahwinan Hasniza..
kawan sekelas aku masa aku di tingkatan 2 dahulu..
masa dulu aku acuh tak acuh dengan kawan2 disekolah..
mungkin aku masih tak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah baru..
lagi pun bersekolah di Port Dickson tak sama rasanya seperti bersekolah di Seremban..
aku lebih sukankan Port Dickson..
dulu, aku segelintir budak kelas aku masa di tingkatan 2 memanggilkan "Nyonya Tebu"..
entah kenapa aku tak tahu..
mungkin suara seperti cina jual tebu dekat kawasan sekolah mungkin..
aku tidak tahu tentang itu..
Cantik sungguh Hasniza, tidak seperti dulu..
dulu badan yang agak berisi..
rupa yang agak biasa..
suara yang agak kelakar..
tapi hari ini dia kelihatan sangat cantik tidak langsung seperti dulu..
bertemakan coklat dan cream sangat kena dengan dirinya..
hingga tak henti2 aku memujinya..
Tahniah untuk Hasniza..
p/s : terima kasih pada rakan2 aku yang sudi menjemput aku ke majlis perkahwinan mereka..kerana masih ingat pada aku..

No comments: