31 December 2009

TAHUN 2010 ini...

salam akhir tahun 2009..
selamat datang pada tahun 2010..
macam2 dah jadi tahun ini..
ada yang baik ada jugak sebaliknya..
baik dari segi peribadi juga kerja..
pada 2009 ni apa lagi tentang hidup aku hanya kerja untuk terus hidup tangung diri..
selalu sangat aku rasa angka 9 membawa banyak erti dalam hidup aku..
lahir aku bulan 9,
ibu ku meninggal 89,
masa test JPJ dulu aku orang yang ke 9,
akhir number talian mudah alih aku juga 9,
aku berkahwin 2009,
dan..
aku akan melahirkan anak pertama ku apabila kandungan ku sudah memasuki bulan ke 9..
insyaAllah..
semoaga segalanya selamat hendaknya..
.
.
semua orang bercakap tentang azam..
entah lah..pernah ke aku buat azam tapi berjaya aku lakukan..
rasanya azam pun aku tak pernah cipta dalam idup aku..
pada aku tiap hari adalah hari baru..
tapi mungkin tahun ini semuanya perlu tidak seperti dulu..
perlu lebih teratur dari dulu..
tak boleh hentam saja macam sorang2 lagi..
.
.
kerana..
sekarang aku sudah aku suami yang amat aku sayang..
hidup aku bersama dia..
dan kami bakal menerima orang baru yang akan menjadi tangungjawab besar dalam kehidupan kami..
kelahirannya nanti pasti akan mengubah segalanya..
aku harus bersedia untuk itu..
tak mahu tulis panjang lagi..
ini catatan untuk tahun 2010 nanti..
.
.
SEBAGAI ANAK
aku ingin jadi anak yang solehah..sentiasa ingat pada ayah aku yang aku rasakan sunyi setelah 23 tahun aku hidup bersamanya..tidak akan sesekali lupa akan dirinya..ingin dia sentiasa rasa aku tidak pernah abaikannya..
SEBAGAI ADIK
sentiasa menghormati mereka..tidak menyusahkan mereka serta sudi membantu sekadar yang termampu..
SEBAGAI ISTERI
ingin sekali aku membahagiakan suami hingga ke akhir hayatnya..tidak sesekali mahu lihat airmatanya gugur kerana diri aku..menjaga segala keperluan serta kehendaknya..tidak mahu dia menangung dosa aku..aku mahu kongsikan pahala aku bersamanya..menjaga maruahnya sebagai suami serta ketua..aku mahu jadi yang terbaik..mahu jadi isteri yang solehah
SEBAGAI BAKAL IBU
akan aku jaga aku sayang aku bimbing anak aku menjadi insan yang baik..akan aku ajar nya sudah tidak kurang ajar pada insan lain..ingin sekali aku kenyangkan dia dengan air susu aku..aku mahu yang terbaik untuk nya..aku mahu yang terbaik untuk nya..akan aku jaga halal haram yang akan menjadi darah daging nya..
SEBAGAI PERKERJA
aku ingin lebih peka terhadap mata pencarian aku..lebih rajin dari dahulu..aku suka akan kerja aku, sungguh!..lebih2 lagi bila kerja itu menjadi selesai dan akhirnya dapat menyelesaikan segala masalah..tidak ingin curi tulang..ingin usaha dan titik peluh yang halal serta selayaknya milik aku..ingin segalanya diberkati..
SEBAGAI INSAN DI MUKA BUMI
aku akan menghormati insan lain..lebih monghormati dan tidak mahu mereka memijak kepala aku lagi..argh siapa mereka??ustaz atau ustazah, mana yang baik aku hormat mana yang tidak baik, jangan marah andai aku tidak layan..jangan ingat muka cantik aku cuak..jangan ingat muka kacak bagus sangat..rupa pada aku tidak melambangkan peribadi..pada aku semuanya sama..
SEBAGAI HAMBA ALLAH
tidak mahu tinggal solat 5 waktu..sentiasa mengaji..sentisa meninggalkan yang larang, mengamalkan yang di suruh..patut pada segala suruhanNya..mahu bertaubat padaNya..ingatkan akan MATI..

2 comments:

KAK RAINBOW said...

selamat thn baru nina semoga lebih berjaya yeah

aku said...

thanks Nurul..selamat tahun baru untuk Nurul sekeluarga..