24 December 2009

Lama Sungguh Dibiarkan Rasa Rindu Pula..

Salam untuk hari ini..
hurm..lama sungguh rasa tak aku update blog ini..
ya sejak aku berbadan dua rasa malas membiak2 dalam badan ini..
yer lah selera makan pun hilang..
sudah pasti badan aku kekurangan tenaga untuk membuat apa2 sahaja kerja..
lebih2 lagi melibatkan kerja rumah..
Alhamdulillah, aku dikurniakan suami(DIN) yang sangat ringan tulang..
sejak itu aku dilayan seperti seorang Permaisuri..
mungkin sebab itu dia suka sangat dengar lagi Jay Jay, Permaisuri..
sungguh sayang dia pada aku..
.
.
.
Tapi sejak seminggu dua ini selera aku kembali datang dengan perlahan-lahan..
aku sudah mula kembali mengemas rumah..
walaupun tidak serancak dulu..
tapi sudah larat untuk mengemas..
tapi rasa muntah masih ada..
hingga menitik air mata tiap kali aku muntah..
perit di dada, hanya mereka yang pernah rasa sahaja tahu..
perit sungguh mengandungkan seorang insan..
mungkin begitu semua ibu alami sepanjang kandungan di dalam perut mereka..
.
.
.
selera menjamah nasi pun sudah ada..
sudah 3 minggu aku tidak langsung menjamah sebutir nasi..
tengok sahaja sudah membuatkan aku loya..
yang teringin dek perut hanya Pizza Hut, McD, Chicken Chop dan segala makanan barat yang suami aku tidak gemar..
tapi semua itu makanan aku..
tiap kali aku suarakan keinginan aku untuk makan sesuatu..
pasti dia akan kata..
"Pelik2 saja awak ni nak makan"..
pernah aku muncung sedepa bila dia tak nak makan "Ikan Stim" seperti yang di inginkan oleh aku..
tapi akhirnya dia mengalah juga..
aku dapat apa yang aku nak..
Sayang Awak Sayang..
.
.
.
Hari kehari, dia kata perut aku semakin membulat..
tapi aku rasa sama sahaja..
mungkin dia terlebih exited..
pergi dan pulang kerja perkara pertama yang dia akan buat adalah mencium perut ku sambil bercakap2 dengan bakal anaknya ini..
"Baby rindu ayah tak"..
"Tak"..
heheheh..

No comments: